Skip to main content

Dunia

Tular RM2,500 boleh dapatkan sijil digital vaksinasi

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Satu mesej dari aplikasi WhatsApp tular di Malaysia di mana pengirimnya mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran RM2,500 (S$809) bagi setiap individu.

Individu yang menawarkan sijil digital itu turut memberi jaminan bahawa para pembeli akan "selamat" jika diperiksa oleh penguat kuasa. Mereka juga mendakwa sijil itu boleh digunakan di semua tempat di merata Malaysia, menurut laporan Sinar Harian.

Malah, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera, menurut Sinar Harian.

Menurut mesej yang tular itu, pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera mereka dan ia akan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum status MySejahtera mereka dikemas kini dengan sijil tersebut.

Individu itu juga mendakwa aplikasi MySejahtera para pelanggan akan dikemas kini dengan maklumat dos vaksin yang disyorkan serta dos penggalak.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita