Tular resepi kurma campur mentega untuk berbuka puasa, ini penjelasan mengenai khasiatnya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Gempak/X
KUALA LUMPUR: Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.
Ini kerana pengambilan buah tersebut ketika bulan penuh barakah itu merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w yang mudah untuk dicontohi oleh umat Islam.
Menerusi hantaran terbaharu di platform X, ulama dan mantan ahli Dewan Negara Malaysia, Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi resepi sempena Ramadan iaitu kurma dengan mentega yang difahamkan disukai oleh Rasulullah s.a.w, menurut Astro Gempak.
”Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa,” tulisnya, dipetik oleh Astro Gempak.
Selain itu, Encik Zulkifli turut berpesan agar orang ramai menggunakan mentega bukannya marjerin: “Pastikan mentega tulen, bukan marjerin.”
Perkongsian itu meraih reaksi positif netizen di mana rata-ratanya berterima kasih atas ilmu yang diberikan, lapor Astro Gempak.
Antara komen yang diterima: “Terima kasih info Dr, satu pelajaran tentang hadis untuk hari ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.”
“Subhanallah, ini suatu ilmu yang baru hari ini sampai kepada saya. Terima kasih. Tabarakallah.”
“Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.”
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac 2024.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.