Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tular rakaman kanak-kanak kencing di dapur; restoran diarah tutup serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA TINGGI: Sebuah restoran di pusat beli-belah di Kota Tinggi diarah tutup serta-merta.

Ini selepas sebuah video memaparkan seorang tukang masak wanita membiarkan kanak-kanak lelaki membuang air kecil di bahagian dapur.

Hal tersebut disahkan oleh Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon menyusuli tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi yang dijalankan di premis berkenaan pada pukul 11.45 pagi pada Ahad (19 Dis), seperti dinukil Sinar Harian.

“Hasil siasatan mendapati premis disewakan kepada warga asing. Kesemua empat pengendali makanan terbabit didapati tidak mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan serta seorang daripada mereka tidak mempunyai suntikan kepialu (typhoid),” ujarnya.

Katanya lagi, arahan penutupan premis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan di bawah Seksyen 10(1) Akta Makanan 1983.

“Kompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik premis kerana gagal memastikan premis di dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11(1), dibaca bersama Peraturan 15(1) kerana tidak mendaftarkan premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam satu kenyataan.

EncikTian Soon berkata, restoran terbabit juga didapati melakukan kesalahan lain seperti tempat penyimpanan yang kotor, lantai premis tidak dibersihkan, dinding berhabuk dan bersawang, lapor Sinar Harian.

Malah, talang telur juga berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur tidak dicuci sebelum digunakan.

Selain itu, tempat mencuci tangan juga didapati tidak dilengkapi dengan sabun cecair dan pengering tangan mahupun tuala pakai buang.

Tong sampah di premis berkenaan turut didapati tidak dibersihkan, kotor dan dibiarkan terbuka dengan begitu sahaja, lapor Sinar Harian.

“Malah sistem saliran yang tidak efektif dan menyebabkan air limpah mengalir ke atas permukaan jalan,” jelasnya.

Awal dari itu, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada tukang masak di restoran terbabit ‘kencing’ berdiri berhampiran sinki dapur.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan dilihat selamba ‘mengelap’ kemaluan anaknya sebaik sahaja selesai sebelum menyambung semula memasak.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan