Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tular jurulatih tampar pemain: 'Ini tidak sepatutnya berlaku', tegas Hannah Yeoh

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, menegaskan tindakan seorang jurulatih menampar pemain bola tampar remaja perempuan dalam rakaman video yang tular pada Ahad (1 Jan), adalah salah.

Beliau berkata sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Insiden dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 'Juara B14 2022' di Johor pada 16 Disember lalu.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, jurulatih yang dipercayai dari pasukan Melaka itu dilihat jelas menampar dua pemainnya sebelum memberi kata-kata kepada atlit pasukannya.

Kejadian dipercayai berlaku semasa perlawanan tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita antara pasukan Melaka dan Johor di SJK (C) Pei Hwa.

"Ini adalah salah. Saya sudah berbual dengan (Menteri Pendidikan Malaysia) Fadhlina Sidek dan kami sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan insiden itu," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Dalam pada itu, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ahmad Faizal Azumu turut mahu perkara itu ditangani secara serius supaya tidak meninggalkan kesan negatif di masa akan datang.

“Tiada ruang dalam sukan atau kehidupan untuk jenis kelakuan kesat ini.

“Pendidikan, kesedaran dan penyeliaan yang berkesan adalah penting untuk memastikan sikap saling menghormati antara atlet, jurulatih dan pentadbir.

“Terlalu banyak insiden seumpama ini telah dan sedang berlaku. Jika tidak ditangani dengan serius, akan terus berlaku. Ia boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak ini.

“Semoga Hannah Yeoh dapat meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di Malaysia,” tegasnya di Twitter beliau.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan