Skip to main content

Dunia

Tujuh terkorban, tiga hilang dalam kejadian jambatan runtuh Sumatera

Tujuh orang lemas dan tiga lagi masih belum ditemui selepas sebatang jambatan runtuh di pulau Sumatera, menurut agensi bencana pada Isnin (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Tujuh terkorban, tiga hilang dalam kejadian jambatan runtuh Sumatera

(Gambar: BPBD)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 04:48PM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 04:54PM

BENGKULU: Tujuh orang lemas dan tiga lagi masih belum ditemui selepas sebatang jambatan runtuh di pulau Sumatera, menurut agensi bencana pada Isnin (20 Jan).

Kira-kira 30 orang, kebanyakannya pelajar, berada di atas jambatan pada Ahad petang di kota Kaur ketika titian yang baru dibina itu tiba-tiba runtuh, menyebabkan beberapa remaja jatuh ke dalam air di bawahnya sedang yang lain berpaut pada susur jambatan.

Paras air sungai di bawah jambatan itu lebih tinggi daripada biasa dengan arus yang kuat selepas hujan lebat membadai rantau tersebut.

"Jambatan itu mungkin tidak dapat menampung berat lalu ia runtuh - tujuh terbunuh dan tiga lagi masih hilang," kata Encik Ujang Syafiri, ketua agensi pengurusan bencana, kepada AFP pada Isnin.

Beberapa pelajar yang terjatuh ke dalam air berjaya diselamatkan, sedang sebuah pasukan mencari dan menyelamat melalukan pencarian dalam lingkungan radius 20 kilometer untuk para mangsa yang hilang, kesemuanya remaja, tambah beliau.

Beberapa bahagian kepulauan Asia Tenggara dilanda banjir di tengah-tengah musim hujan yang lebat.

Di dalam dan di sekitar ibu kota Jakarta, kira-kira 67 orang terkorban bulan ini sedang hujan yang mencecah paras rekod mencetuskan banjir dan tanah runtuh di sekitar ibu kota.

Piawai binaan yang lemah menimbulkan keprihatinan meluas berhubung keselamatan bangunan dan binaan di Indonesia.

LAPORAN LAIN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita