Tugasan pengakap perempuan Saudi bakal diperluas pada musim haji akan datang
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Puteri Sama Bint Faisal, ketua Jawatankuasa Pengakap Perempuan Saudi, mengesahkan bahawa mereka tidak sabar untuk menambah jumlah penyertaan pengakap perempuan Saudi pada musim Haji akan datang bersama pihak yang berkaitan.
Puteri Sama berkata demikian semasa mengadakan lawatan untuk memeriksa kerja-kerja yang dilakukan pengakap perempuan tahun ini, lapor Saudi Gazette.
Beliau menarik perhatian bahawa jumlah penyertaan pengakap perempuan ketika musim Haji tahun ini menyaksikan peningkatan.
Pengakap perempuan Saudi sudah menjalani latihan intensif pada tempoh sebelum itu, supaya mereka bersedia menangani pelbagai keadaan yang melayakkan diri mereka untuk berkhidmat kepada jemaah haji dengan cara yang betul, tambahnya.
Beliau berkata bahawa pengakap perempuan yang terlibat dalam Haji 2023, berasa teruja dan mempunyai cita-cita untuk berkhidmat kepada Arab Saudi dengan menawarkan perkhidmatan bermutu tinggi kepada para jemaah.
Mereka menawarkan perkhidmatan di hospital Raja Faisal di Makkah dengan membantu dan membimbing pesakit di dalam hosptilal tersebut, seperti dinukil Saudi Gazette.
Selain itu, mereka mengambil bahagian di pusat bimbingan Kementerian Haji dan Umrah, di mana mereka membimbing jemaah serta mengedarkan peta panduan buat mereka.
Kem-kem perkhidmatan bagi jawatankuasa pengakap Arab Saudi juga menyaksikan penyertaan 150 perempuan dari Jawatankuasa Pengakap Perempuan Saudi tahun ini.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.