Tudung bermotif logo parti politik di M'sia laris dijual
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Kekaboo
KUALA LUMPUR: Bahang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) membuka pintu rezeki pengusaha tudung terkenal apabila rekaan tudungnya yang menerapkan logo parti-parti politik mendapat sambutan hangat.
Pengasas bersama tudung bawal Kekaboo, Nur Hazwani Abdul Zainal berkata 11,000 helai tudung sedemikian telah dijual dalam tempoh kurang 20 minit selepas rekaan itu dimuat naik di laman sesawang jenama tersebut pada 19 Oktober lalu.
Antara 13 logo parti yang dipilih sebagai motif tudung ialah Barisan Nasional, UMNO, PKR, PAS, Bersatu, Amanah dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
"Setelah sekian lama tiada peristiwa besar di Malaysia bagi meraikan sesuatu disebabkan penularan COVID-19, kami mahu memainkan peranan dan menyumbang bagi menghangat dan memeriahkan suasana peristiwa lima tahun sekali ini,” katanya kepada Bernama.
Pertama kali mengeluarkan corak tudung dengan motif itu sejak menubuhkan jenama fesyen tersebut pada 2014, wanita 31 tahun itu tidak sangka menerima sambutan luar jangkaan dan menyasarkan pengeluaran lebih 50,000 helai tudung sehingga PRU15 berlangsung.
Cik Nur Hazwani berkata idea menghasilkan rekaan itu bagi memenuhi permintaan pelanggan daripada pelbagai parti politik selain mahu menawarkan produk mengikut musim dan trend semasa.
"Pada awalnya kita memuat naik video menunjukkan tujuh sampel tudung di TikTok ... selepas tiga jam saya ada niat untuk memadam video itu namun apabila tengok maklum balas di ruangan komen, sambutan luar biasa dan jumlah tanda suka juga mencecah 10,000," katanya.
Beliau yang berasal dari Temerloh, Pahang berkata atas permintaan ramai, pihaknya turut menambah satu lagi rekaan khas tudung daripada 12 rekaan asal dengan menggabungkan semua logo parti.
Nur Hazwani berkata tudung bawal yang menggunakan kain "cotton voile" itu dijual pada harga RM28 (S$8.36) dan RM38 ($11.35) mengikut saiznya.
Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 19 November 2022.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.