Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tubuh parti baru, Mahathir bawa lebih banyak perpecahan orang Melayu

Tindakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu lagi parti politik Melayu disifatkan hanya menimbulkan lebih banyak perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tubuh parti baru, Mahathir bawa lebih banyak perpecahan orang Melayu

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Aug 2020 09:32PM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 09:38PM

KUANTAN: Tindakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu lagi parti politik Melayu disifatkan hanya menimbulkan lebih banyak perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini. 

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim berkata parti politik bertunjangkan bangsa Melayu sudah banyak selain asas penubuhan parti baru itu juga dilihat kurang jelas. 

"Dari segi realiti untuk menubuhkan parti politik bukan mudah dan ia memakan masa... lagipun buat apa Tun mahu menubuhkan parti Melayu lagi sedangkan beliau pernah mengepalai parti Bersatu. Jadi saya kira paling baik ialah beliau kembali kepada Bersatu atau UMNO. 

"Bagi saya menubuhkan satu lagi parti Melayu sudah tidak ada alasan, sebab kita mahu mencari perpaduan… jika tidak hak kita di bawah Perlembagaan akan lumat. Kita hormat beliau tentang inovatif tetapi dalam hal ini rasanya tidak," katanya.

Dr Rais, yang juga Pengerusi dan Pengasas Yayasan Budi, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Serlahan Budi Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Nilai-Nilai Murni Yayasan Budi di Taman Teluk Cempedak, di sini, hari ini (8 Ogos).  

Semalam, Dr Mahathir menerusi sidang media khas mengumumkan penubuhan parti baru yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan