Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tuah seorang lelaki Australia jumpa ketulan emas bernilai A$100,000

Seorang lelaki warga Australia menemui ketulan emas seberat 1.4 kilogram dengan menggunakan alat pengesan logam ketika sedang bersiar-siar di ladang emas di kawasan Barat Australia, menurut penduduk tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tuah seorang lelaki Australia jumpa ketulan emas bernilai A$100,000
Diterbitkan : 20 May 2019 10:38PM Dikemas Kini : 20 May 2019 10:41PM

AUSTRALIA: Seorang lelaki warga Australia menemui ketulan emas seberat 1.4 kilogram dengan menggunakan alat pengesan logam ketika sedang bersiar-siar di ladang emas di kawasan Barat Australia, menurut penduduk tempatan.

Sebuah kedai di Kalgoorlie mengongsi gambar ketul emas itu di wadah online. Ia dianggarkan bernilai sekitar A$100,000 (S$95,000).

Menurut pemilik kedai, Matt Cook, lelaki yang tidak mahu dikenalinya itu merupakan seorang yang hobinya menggali logam.

Malah menurut para pakar, penemuan seperti itu berlaku beberapa kali saja dalam setahun.

Sekitar 75 peratus emas yang digali di Australia boleh terdapat di dalam dan sekitar kawasan Kalgoorlie.

Encik Cook, yang memiliki kedai menjual bekalan kepada pencari emas amatur, berkata bahawa lelaki itu menemui ketulan itu tertanam sekitar 45 sentimeter dalam tanah.

Encik Cook memberitahu BBC: "Beliau masuk kedai saya dan menunjukkan ketulan emas itu sambil tersenyum lebar."

"Ia besar sedikit daripada kotak rokok, dan beratnya luar biasa sekali, amat berat."

Sumber : Agensi berita/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa