Trump yakin capai perjanjian perdagangan, kacang soya & senjata nuklear dengan China
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Donald Trump di Pejabat Meja Bundar di Rumah Putih, pada 22 Okt 2025. (Gambar fail: AFP/Jim Watson)
- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (22 Okt) berkata beliau menjangkakan perjanjian akan dicapai dengan Presiden China Xi Jinping apabila mereka bertemu di Korea Selatan minggu depan, yang mungkin merangkumi penyambungan semula pembelian kacang soya oleh Beijing hingga ke had ke atas senjata nuklear.
- Encik Trump memberitahu para wartawan di Rumah Putih bahawa beliau merancang untuk membincangkan pembelian minyak Rusia oleh China dan cara menghentikan perang Rusia di Ukraine, yang kini memasuki tahun ketiga.
- Setiausaha Perbendaharaan Amerika Scott Bessent dan Wakil Perdagangan Amerika Jamieson Greer menuju ke Malaysia untuk meredakan ketegangan berhubung sekatan eksport nadir bumi Beijing, sementara para pegawai di Washington bersiap sedia untuk mengenakan langkah baharu ke atas Beijing jika tiada perjanjian dicapai.
- Encik Trump dijadual melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang bermula pada Ahad, dan kemudian pada minggu itu dijangka berada di Korea Selatan menjelang sidang puncak pemimpin Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan dari 31 Oktober hingga 1 November di Gyeongju.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (22 Okt) berkata beliau menjangkakan perjanjian akan dicapai dengan Presiden China Xi Jinping apabila mereka bertemu di Korea Selatan minggu depan, yang mungkin merangkumi penyambungan semula pembelian kacang soya oleh Beijing hingga ke had ke atas senjata nuklear.
Encik Trump memberitahu para wartawan di Rumah Putih bahawa beliau merancang untuk membincangkan pembelian minyak Rusia oleh China dan cara menghentikan perang Rusia di Ukraine, yang kini memasuki tahun ketiga.
"Saya fikir kita akan membuat perjanjian," kata Encik Trump kepada para wartawan semasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung NATO Mark Rutte, sambil menambah beliau percaya bahawa Encik Xi sudah mengubah fikirannya mengenai perang di Ukraine dan akan bersikap terbuka untuk berbincang tentang usaha menamatkan perang.
"Beliau kini mahu - saya tidak pasti beliau mahu pada mulanya - beliau kini mahu perang itu berakhir," kata Encik Trump. Komen Encik Trump itu bercanggah dengan kenyataan yang lebih keras daripada perunding perdagangan utama dan ketua kewangannya, yang menuju ke Asia pada Rabu untuk memastikan pertemuan Encik Trump dengan Encik Xi, yang pertama dalam penggal kedua beliau, berjalan mengikut jadual.
Presiden Amerika itu juga tidak mahu memperbesar-besarkan sekatan China terhadap eksport nadir bumi yang menjejas pasaran antarabangsa, hanya setakat menyebutnya sebagai "gangguan" dan sebaliknya menyifatkan tarif sebagai isu yang "lebih genting".
Encik Trump, yang semakin tertekan oleh para petani di Amerika Syarikat yang terkesan dengan kemerosotan besar pada tempahan kacang soya dari China, berkata beliau menjangkakan akan mencapai beberapa persetujuan dengan Encik Xi mengenai isu itu.
Encik Trump juga berkata bahawa persetujuan mengenai senjata nuklear mungkin dapat dicapai. Beliau merujuk kepada cadangan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk mengurangkan senjata nuklear secara dua hala, dan berpendapat China boleh turut serta dalam usaha tersebut.
Ketegangan perdagangan antara Amerika dan China, dua ekonomi terbesar di dunia, memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas berbulan-bulan keadaan agak tenang. Encik Trump mengenakan tarif balasan 100 peratus ke atas China yang akan berkuat kuasa pada 1 November, selepas China mengumumkan kawalan eksport ke atas hampir semua nadir bumi.
PEGAWAI TERTINGGI AMERIKA BERANGKAT KE ASIA
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Scott Bessent dan Wakil Perdagangan Amerika Jamieson Greer menuju ke Malaysia untuk meredakan ketegangan berhubung sekatan eksport nadir bumi Beijing, sementara para pegawai di Washington bersiap sedia untuk mengenakan langkah baharu ke atas Beijing jika tiada perjanjian dicapai.
Reuters sebelum ini melaporkan bahawa pentadbiran Presiden Trump sedang mempertimbangkan rancangan untuk mengekang pelbagai eksport dijana perisian ke China, dari komputer riba hingga enjin jet, sebagai tindak balas terhadap Beijing, berikutan ancaman Encik Trump awal bulan ini untuk melarang eksport "perisian kritikal" ke China.
Encik Bessent berkata Encik Greer sudah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan beliau akan ke sana lewat Rabu, sebelum menyertai Encik Trump di Asia.
"Ini adalah China berbanding seluruh dunia. Ia bukan hanya mengenai Amerika Syarikat," kata Encik Bessent kepada rancangan Kudlow terbitan Fox Business Network. "Kaedah pelesenan yang mereka cadangkan ini tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh diterima."
Beliau berkata Amerika dan sekutu-sekutu Barat sedang mempertimbangkan bagaimana untuk bertindak balas jika mereka tidak dapat merundingkan penangguhan dalam rancangan Beijing atau bantuan lain, tetapi tidak memberikan butiran.
"Saya berharap kita dapat menyelesaikan perkara ini pada hujung minggu ini supaya para pemimpin dapat memulakan rundingan mereka dengan nada yang lebih positif," katanya.
Encik Bessent menyifatkan pertemuan Trump-Xi yang dirancang itu sebagai "perbincangan sampingan," yang mungkin merupakan percubaan untuk meredakan jangkaan.
Encik Trump dijadual melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang bermula pada Ahad, dan kemudian pada minggu itu dijangka berada di Korea Selatan menjelang sidang puncak pemimpin Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan dari 31 Oktober hingga 1 November di Gyeongju.
Encik Bessent berkata Encik Trump juga akan melakukan persinggahan di Jepun untuk bertemu Perdana Menteri baharu, Sanae Takaichi.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.