Skip to main content

Dunia

Trump, Xi bertemu di Korea Selatan di tengah-tengah ketegangan dagang

China dan Amerika Syarikat kini di ambang rundingan penting berhubung kawalan eksport nadir bumi dan tarif perdagangan, menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Busan, Korea Selatan.
Anggaran Waktu Membaca:
Trump, Xi bertemu di Korea Selatan di tengah-tengah ketegangan dagang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping berjabat tangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada 30 Okt 2025.
Diterbitkan : 30 Oct 2025 10:32AM Dikemas Kini : 30 Oct 2025 10:33AM
  • China dan Amerika Syarikat kini di ambang rundingan penting berhubung kawalan eksport nadir bumi dan tarif perdagangan, menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Busan, Korea Selatan.
  • Rundingan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang memuncak selepas China mengenakan sekatan eksport terhadap bekalan nadir bumi, iaitu komponen kritikal dalam penghasilan teknologi tinggi seperti kenderaan elektrik, semikonduktor dan sistem pertahanan, seperti dilapor Astro Awani.
  • Amerika Syarikat pula bertindak balas dengan ancaman untuk mengenakan tarif sehingga 100 peratus ke atas barangan import dari China.
  • Rundingan itu dilihat sebagai peluang penting untuk mengurangkan ketegangan perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia, yang memberi kesan besar kepada rantaian bekalan global dan pasaran teknologi.
Dijana oleh AI
BUSAN: China dan Amerika Syarikat kini di ambang rundingan penting berhubung kawalan eksport nadir bumi dan tarif perdagangan, menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Busan, Korea Selatan.

Rundingan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang memuncak selepas China mengenakan sekatan eksport terhadap bekalan nadir bumi, iaitu komponen kritikal dalam penghasilan teknologi tinggi seperti kenderaan elektrik, semikonduktor dan sistem pertahanan, seperti dilapor Astro Awani.

Amerika Syarikat pula bertindak balas dengan ancaman untuk mengenakan tarif sehingga 100 peratus ke atas barangan import dari China.

Astro Awani melaporkan seorang pegawai Amerika Syarikat sebagai berkata, kedua-dua negara sedang melakar kerangka perjanjian yang berpotensi menangguhkan tarif tambahan dan melonggarkan kawalan eksport China.

Perjanjian itu dijangka dibincangkan secara langsung oleh kedua-dua pemimpin dalam usaha meredakan persaingan perdagangan yang semakin sengit.

China, yang menguasai lebih 90 peratus bekalan nadir bumi global, menegaskan bahawa langkah kawalan eksportnya adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa dan menolak dakwaan Amerika Syarikat mengenai amalan perdagangan yang tidak adil.

Presiden Trump meluahkan keyakinan terhadap hasil rundingan itu.

“Saya rasa kita akan capai satu perjanjian,” katanya ketika berucap di Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, seperti dinukil Astro Awani.

Rundingan itu dilihat sebagai peluang penting untuk mengurangkan ketegangan perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia, yang memberi kesan besar kepada rantaian bekalan global dan pasaran teknologi.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita