Skip to main content

Dunia

Trump wujudkan klasifikasi baharu bagi kakitangan persekutuan, mudahkan pemecatan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif pada Khamis (17 Jul) untuk mewujudkan klasifikasi baharu bagi kakitangan persekutuan, yang bukan daripada laluan kerjaya tetap, yang boleh dipecat dengan lebih mudah sekiranya mereka gagal melaksanakan keutamaan presiden, menurut Rumah Putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump wujudkan klasifikasi baharu bagi kakitangan persekutuan, mudahkan pemecatan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadiri sidang media di bilik taklimat Rumah Putih pada 27 Jun 2025, di Washington, DC. (Gambar fail: Getty Images melalui AFP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif pada Khamis (17 Jul) untuk mewujudkan klasifikasi baharu bagi kakitangan persekutuan, yang bukan daripada laluan kerjaya tetap, yang boleh dipecat dengan lebih mudah sekiranya mereka gagal melaksanakan keutamaan presiden, menurut Rumah Putih.

Klasifikasi baharu itu, dikenali sebagai Jadual G (Schedule G), akan merangkumi kakitangan yang terlibat dalam penggubalan dasar dan kini dijangka meletak jawatan apabila tempoh perkhidmatan presiden yang melantik mereka tamat, menurut Rumah Putih.

Namun, Rumah Putih tidak mengemukakan sebarang butiran mengenai bilangan kakitangan yang akan diletakkan di bawah klasifikasi tersebut.

Awal tahun ini, Encik Trump memberi bayangan tentang perubahan itu, dengan menyatakan bahawa pemerintahan persekutuan akhirnya akan "dikendalikan seperti sebuah perniagaan".

Perintah eksekutif itu dijangka menjejas perlindungan pekerjaan bagi sebahagian besar daripada sekitar 2.3 juta kakitangan persekutuan, sekali gus menjadikan mereka sebagai pekerja yang boleh diberhentikan pada bila-bila masa.

Encik Trump sebelum ini pernah mengarahkan pengelasan semula terhadap ramai kakitangan pemerintah pada penghujung penggal pertamanya, yang dikenali sebagai Jadual F (Schedule F), namun ia dimansuhkan oleh Presiden Democrat, Joe Biden, pada hari pertama pentadbirannya pada 2021.

Ketika itu, anggaran menunjukkan bahawa pelaksanaan Jadual F boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 50,000 kakitangan persekutuan terdedah kepada risiko pemecatan.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita