Trump utus surat kepada Korea Utara; tawar kerjasama kekang COVID-19
Di tengah-tengah penularan COVID-19 sekarang, Presiden Amerika Donald Trump menghantar surat kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bagi melahirkan hasrat untuk memperbaiki hubungan dua hala.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: Athit Perawongmetha/REUTERS)
REUTERS: Di tengah-tengah penularan COVID-19 sekarang, Presiden Amerika Donald Trump menghantar surat kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bagi melahirkan hasrat untuk memperbaiki hubungan dua hala.
Saudara perempuan Encik Kim, Kim Jo-yong, menyifatkan surat Presiden Trump itu sebagai contoh baik yang menunjukkan "hubungan istimewa dan kukuh" antara kedua-dua orang pemimpin.
Namun, beliau menambah hubungan peribadi yang baik itu tidak mencukupi kerana tiada sebarang kemajuan dalam rundingan untuk memansuhkan program nuklear Pyongyang.
Dalam suratnya itu, Presiden Trump juga memuji usaha Encik Kim untuk melindungi rakyat Korea Utara daripada ancaman serius virus korona sekarang.
Pemimpin Amerika itu turut menawarkan kerjasama dengan Pyongyang dalam usaha mengekang virus tersebut tanpa memberikan sebarang butiran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.