Trump utamakan diplomasi dengan Iran, beri amaran masih ada pilihan ketenteraan
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Rumah Putih menyatakan pada Khamis (5 Feb) bahawa diplomasi adalah pilihan pertama Presiden Donald Trump untuk berurusan dengan Iran dan beliau akan menunggu untuk melihat sama ada perjanjian boleh dicapai dalam rundingan berisiko tinggi itu.
Namun demikian, beliau memberi amaran bahawa beliau mempunyai pilihan ketenteraan yang boleh digunakannya.
Persediaan akhir sedang dijalankan untuk mesyuarat pada Jumaat (6 Feb) di Oman di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat, sedang Amerika Syarikat mengerahkan pasukan di Timur Tengah, yang digelarnya sebagai "armada" besar-besaran.
Pemain serantau berusaha untuk mengelakkan apa yang dikhuatiri ramai boleh merebak menjadi perang yang lebih luas.
Rundingan itu dijadualkan diteruskan walaupun kedua-dua pihak mempunyai perbezaan pendapat mengenai agenda, dan ia meningkatkan keraguan tentang prospek perjanjian.
Encik Trump mengancam untuk melakukan serangan ke atas Iran jika persetujuan tidak dapat dicapai.
Amerika Syarikat sebelum ini menyatakan ia mahu perbincangan itu merangkumi senjata peluru berpandu Iran dan isu-isu lain, manakala Tehran berkeras untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada program nuklearnya yang dipertikaikan.
Belum jelas sama ada perselisihan faham itu sudah dihuraikan.
Setiausaha akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt menegaskan pendirian Presiden Trump bahawa “keupayaan nuklear sifar adalah sesuatu yang beliau sudah jelaskan” dalam tuntutannya kepada Iran.
Menteri Luar Iran Abbas Araqchi berangkat ke Oman pada Khamis.
Jurucakapnya Esmail Baghaei berkata Tehran akan terlibat “dengan penuh kuasa dan dengan tujuan untuk mencapai persefahaman yang adil, saling diterima dan bermaruah mengenai isu nuklear.”
"Kami berharap pihak Amerika juga akan mengambil bahagian dalam proses ini dengan penuh tanggungjawab, realisme dan kesungguhan," tambah Encik Baghaei.
Encik Araqchi dijangka bertemu di Muscat bersama Steve Witkoff, utusan khas Presiden Trump, dan Jared Kushner, menantu dan penasihat presiden Amerika.
Menjelang rundingan itu, Press TV yang dikendalikan oleh pemerintah Iran melaporkan "salah satu peluru berpandu balistik jarak jauh paling canggih di negara ini," Khorramshahr 4, sudah dikerahkan di salah satu tapak peluru berpandu bawah tanah Pengawal Revolusi.
Peluru berpandu itu mempunyai jarak 2,000 kilometer dan mampu membawa kepala peledak seberat 1,500 kilogram, tambahnya.
Amerika mendesak Iran supaya menerima jarak yang lebih terhad untuk peluru berpandunya.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.