Trump umum tarif 50% ke atas tembaga mulai 1 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Katod tembaga dilihat di dalam sebuah gudang di selatan Shanghai pada 23 Mac, 2012. (Gambar fail: Reuters/Carlos Barria)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Rabu (9 Jul) tarif baharu sebanyak 50 peratus ke atas tembaga yang akan bermula pada 1 Ogos dalam usaha untuk menggalak pembangunan domestik industri yang penting untuk pertahanan, elektronik dan automobil.
Langkah itu merupakan yang terbaharu dalam siri tarif mengikut sektor yang dikenakan Presiden Trump ke atas industri seperti keluli dan aluminium, yang menurut ahli ekonomi, akan meningkatkan kos untuk pengguna Amerika.
Presiden Trump memberi isyarat pada Selasa (8 Jul) bahawa beliau mengenakan tarif baharu ke atas tembaga, menyebabkan niaga hadapan tembaga Comex Amerika mencapai paras tertinggi.
Rumah Putih memerintahkan siasatan Seksyen 232 ke atas import tembaga pada Februari, menggunakan undang-undang yang memberi presiden kuasa untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi berdasarkan alasan keselamatan negara.
Presiden Trump berkata pada Rabu bahawa beliau menerima penilaian keselamatan negara yang "kukuh" yang menyimpulkan bahawa tarif adalah perlu untuk melindungi pengeluaran Amerika bagi komoditi yang penting merentasi pelbagai industri.
"Tembaga adalah perlu untuk Semikonduktor, Pesawat, Kapal, Peluru, Pusat Data, Bateri Litium-ion, Sistem Radar, Sistem Pertahanan Peluru Berpandu, dan bahkan, Senjata Hipersonik, yang mana kita sedang banyak membinanya," kata Presiden Trump dalam catatan di Truth Social.
Amerika bergantung kepada import untuk hampir separuh daripada keperluan tembaga terhalus, dan membawa masuk 810,000 tan metrik pada 2024, menurut Tinjauan Geologi Amerika.
Negara-negara yang dijangka paling terjejas oleh tarif ini adalah Chile, Kanada dan Mexico, yang merupakan pembekal utama tembaga terhalus, aloi tembaga dan produk tembaga kepada Amerika pada 2024, menurut data Biro Banci Amerika.
Chile, Kanada dan Peru memberitahu pentadbiran bahawa import dari negara mereka tidak mengancam kepentingan Amerika dan tidak sepatutnya dikenakan tarif.
Ketiga-tiga negara mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika.
Tarif yang tinggi itu direka untuk menggalak pengeluaran di Amerika. Lebih daripada dua pertiga daripada tembaga negara itu dilombong di Arizona, di mana pembangunan lombong baharu besar yang dirancang oleh Rio Tinto dan BHP tertangguh selama lebih sedekad.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.