Trump umum tarif 30% terhadap Mexico, EU mulai 1 Ogos
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bercakap kepada media sebelum menaiki Marine One di pekarangan Rumah Putih di Washington, DC pada 11 Julai 2025. (Gambar: Al Jazeera)
Kedua-dua duti itu akan berkuat kuasa pada 1 Ogos, kata Encik Trump dalam surat rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social.
Encik Trump menukil peranan Mexico dalam kemasukan dadah terlarang ke Amerika Syarikat dan ketidakseimbangan perdagangan dengan EU bagi mewajarkan ancaman tarif itu.
Namun kedua-dua rakan kongsi mengecam duti baharu itu, dengan EU memberi amaran ia boleh menjejas rantaian bekalan - namun menegaskan ia akan meneruskan dengan rundingan perjanjian dengan Amerika.
Mexico pula menyifatkannya sebagai satu "perjanjian tidak adil".
Presiden Perancis Emmanuel Macron "sekeras-kerasnya menolak" langkah itu dan menyeru EU supaya "mempertahankan kepentingan Eropah".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.