Skip to main content

Dunia

Trump umum perjanjian dagangan dengan Jepun tanpa undian Kongres

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (16 Sep) menyatakan bahawa Amerika Syarikat sudah mencapai perjanjian perdagangan awal dengan Jepun mengenai sekatan cukai dan perdagangan digital yang tidak memerlukan kelulusan kongres.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump umum perjanjian dagangan dengan Jepun tanpa undian Kongres

Presiden Trump bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (Gambar: EPA).

Diterbitkan : 17 Sep 2019 08:56AM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 08:58AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (16 Sep) menyatakan bahawa Amerika Syarikat sudah mencapai perjanjian perdagangan awal dengan Jepun mengenai sekatan cukai dan perdagangan digital yang tidak memerlukan kelulusan kongres.

Dalam surat kepada Kongres yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, Encik Trump berkata beliau bercadang untuk memeterai perjanjian "dalam beberapa minggu akan datang" dan memaklumkan para penggubal dasar bahawa perjanjian tarif itu akan dibuat di bawah peruntukan undang-undang perdagangan yang membenarkan presiden Amerika Syarikat untuk mengikut langkah mengurangkan tarif melalui pengisytiharan.

"Di samping itu, saya juga akan memeterai Perjanjian Eksekutif dengan Jepun mengenai perdagangan digital," kata Encik Trump dalam surat itu.

Kedua-dua perjanjian tidak memerlukan undian Kongres di bawah proses kelulusan yang "dipercepatkan" itu. Pentadbiran Encik Trump pada tahun lalu memaklumkan Kongres bahawa ia akan meneruskan rundingan dengan Jepun di bawah kaedah ini.

Sepanjang tahun lalu, ruang lingkup perbincangan telah dibataskan untuk mengecualikan sektor automotif, yang merupakan sumber terbesar defisit perdagangan bernilai AS$67 bilion (S$92 bilion) dengan Jepun.

Sebaliknya, Encik Trump dan Perdana Menteri Jepun Shinzo pada bulan Ogos mengumumkan perjanjian secara prinsip yang merangkumi pengurangan tarif ke atas barang-barang pertanian dan perindustrian, namun tidak merangkumi automotif.

Kedua-dua pemimpin itu berkata pada sidang kemuncak G7 di Perancis bahawa mereka berharap untuk menandatangani perjanjian itu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan di New York.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita