Trump umum perjanjian dagang dengan China termasuk pembelian tenaga Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.
- Trump berkata China bersetuju untuk memulakan proses pembelian tenaga dari Amerika, dengan kemungkinan membeli minyak dan gas dalam kuantiti yang sangat besar dari Alaska.
- Trump juga berkata bahawa Xi sudah memberi kebenaran kepada China untuk memulakan pembelian dalam jumlah yang besar untuk kacang soya, sorgum dan produk pertanian lain.
- Trump menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai antara kedua-dua negara itu akan membawa kepada kemakmuran dan keselamatan untuk berjuta-juta rakyat Amerika.
GYEONGJU: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat di tengah-tengah Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Busan, Korea Selatan.
Menyifatkannya sebagai mesyuarat yang hebat dengan Encik Xi, Encik Trump berkata China bersetuju untuk memulakan proses pembelian tenaga dari Amerika, dengan kemungkinan membeli minyak dan gas dalam kuantiti yang sangat besar dari Alaska.
"(Setiausaha Tenaga Amerika) Chris Wright, (Setiausaha Dalam Negeri Amerika) Doug Burgum dan pasukan tenaga masing-masing akan bermesyuarat untuk melihat sama ada perjanjian tenaga seperti itu dapat dimuktamadkan," umum Presiden Trump di akaun Truth Social pada Khamis (30 Okt).
Selain itu, Encik Trump juga berkata bahawa Encik Xi sudah memberi kebenaran kepada China untuk memulakan pembelian dalam jumlah yang besar untuk kacang soya, sorgum dan produk pertanian lain.
"Petani kami pasti akan sangat gembira! Malah, seperti yang saya pernah katakan sebelum ini ketika pentadbiran pertama saya, para petani harus segera keluar dan membeli lebih banyak tanah serta traktor yang lebih besar. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi atas perkembangan ini!
"Selain itu, China telah bersetuju untuk meneruskan bekalan nadir bumi, mineral kritikal, besi berani dan lain-lain secara terbuka dan bebas. Lebih penting lagi, China dengan tegas menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama bersungguh-sungguh dengan kami untuk menghentikan aliran fentanyl ke negara kami. Mereka akan membantu kami menamatkan krisis fentanyl," kata Encik Trump yang mengakhiri lawatannya ke Asia pada Khamis (30 Okt).
Beliau menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai antara kedua-dua negara itu akan membawa kepada kemakmuran dan keselamatan untuk berjuta-juta rakyat Amerika.
"Terdapat rasa saling menghormati yang sangat besar antara kedua-dua negara kita dan ini akan diperkukuhkan lagi dengan apa yang baru sahaja berlaku. Kami mencapai persetujuan dalam banyak perkara, manakala isu-isu lain yang juga sangat penting, hampir diselesaikan," tambah beliau.
Dalam perkembangan lain, Encik Trump turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia, Jepun dan Korea Selatan kerana menjadi tuan rumah untuk lawatan beliau ke Asia.
"Selepas lawatan bersejarah ke Asia ini, saya kini dalam perjalanan pulang ke Washington. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara hebat iaitu Malaysia, Jepun dan Korea Selatan kerana begitu bermurah hati, bersopan santun dan memberikan layanan yang sangat baik.
"Begitu juga dengan Australia, Kanada, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam yang turut hadir di majlis jamuan malam tadi yang dihoskan oleh Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung," katanya lagi.

Sumber : Bernama/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.