Skip to main content

Dunia

Trump umum pakej bantuan AS$12 bilion kepada petani

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$12 bilion (S$15.57 bilion) kepada petani di Amerika Syarikat, sebagai usaha menyokong industri yang terjejas teruk oleh perang perdagangan.
Anggaran Waktu Membaca:
Trump umum pakej bantuan AS$12 bilion kepada petani
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semasa sesi meja bulat bagi membincangkan bantuan kepada para petani di Rumah Putih. (Gambar: AFP)
Diterbitkan : 09 Dec 2025 07:53AM
  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$12 bilion (S$15.57 bilion) kepada petani di Amerika Syarikat, sebagai usaha menyokong industri yang terjejas teruk oleh perang perdagangan.
  • Para petani Amerika kehilangan berbilion dolar daripada penjualan kacang soya ke China apabila negara itu berpaling kepada pembekal di Amerika Selatan pada musim luruh ini semasa rundingan perdagangan tergendala.
  • Institut Penyelidikan Dasar Makanan dan Pertanian Universiti Missouri menjangkakan pendapatan bersih hasil pertanian merosot lebih AS$30 bilion (S$38.93 bilion) pada 2026, ekoran pengurangan pembayaran daripada pemerintah dan harga hasil tuaian yang rendah.
  • Semasa penggal pertama pemerintahannya, Encik Trump memberikan bantuan kira-kira AS$23 bilion (S$ 29.85 bilion) kepada golongan petani yang terjejas oleh dasar perdagangannya.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$12 bilion (S$15.57 bilion) kepada petani di Amerika Syarikat, sebagai usaha menyokong industri yang terjejas teruk oleh perang perdagangan.

Menurut seorang pegawai, daripada jumlah tersebut AS$11 bilion (S$14.27 bilion) diperuntukkan bagi program baharu Farmer Bridge Assistance kepada para petani yang mengusahakan tanaman ladang, manakala baki AS$1 bilion (S$1.30 bilion) diperuntukkan bagi tanaman lain.

Kumpulan yang mewakili petani dan ahli politik daripada Parti Republican memohon bantuan tersebut, sebahagiannya untuk menyokong petani dalam pembelian benih, baja dan perbelanjaan lain untuk musim penanaman tahun hadapan.

Para petani Amerika kehilangan berbilion dolar daripada penjualan kacang soya ke China apabila negara itu berpaling kepada pembekal di Amerika Selatan pada musim luruh ini semasa rundingan perdagangan tergendala.

Institut Penyelidikan Dasar Makanan dan Pertanian Universiti Missouri menjangkakan pendapatan bersih hasil pertanian merosot lebih AS$30 bilion (S$38.93 bilion) pada 2026, ekoran pengurangan pembayaran daripada pemerintah dan harga hasil tuaian yang rendah.

Petani dijangka menerima hampir AS$40 bilion (S$51.91 bilion) pembayaran pemerintah pada 2025 yang dipacu oleh bantuan bencana dan ekonomi sementara.

Semasa penggal pertama pemerintahannya, Encik Trump memberikan bantuan kira-kira AS$23 bilion (S$ 29.85 bilion) kepada golongan petani yang terjejas oleh dasar perdagangannya.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita