Skip to main content

Dunia

Trump umum langkah baharu tingkat eksport sofwe AI Amerika

Pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan rangka tindakan kecerdasan buatan (AI) yang baharu pada Rabu (23 Jul) yang bertujuan untuk melonggarkan peraturan sekitaran dan meningkatkan eksport AI ke sekutu-sekutu Amerika, dalam usaha mengekalkan kelebihan Amerika ke atas China dalam bidang teknologi kritikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump umum langkah baharu tingkat eksport sofwe AI Amerika

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Pejabat Oval di Rumah Putih pada Selasa, 22 Julai 2025 di Washington. (Gambar: AP/Alex Brandon)

Diterbitkan : 24 Jul 2025 11:16AM Dikemas Kini : 24 Jul 2025 11:20AM
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan rangka tindakan kecerdasan buatan (AI) yang baharu pada Rabu (23 Jul) yang bertujuan untuk melonggarkan peraturan sekitaran dan meningkatkan eksport AI ke sekutu-sekutu Amerika, dalam usaha mengekalkan kelebihan Amerika ke atas China dalam bidang teknologi kritikal.

Semasa mengumumkan rangka tindakan itu, Presiden Trump menyampaikan ucapan yang membentangkan pentingnya perlumbaan senjata teknologi dengan China, sambil menyifatkannya sebagai persaingan yang akan menentukan masa depan abad ke-21.

"Amerika adalah negara yang memulakan persaingan AI. Dan sebagai Presiden Amerika Syarikat, saya mahu mengisytiharkan bahawa Amerika akan memenangi persaingan itu," kata Encik Trump.

Rangka tindakan itu mengandungi kira-kira 90 saranan, termasuk seruan supaya sofwe dan perkakasan AI Amerika Syarikat dieksport ke luar negara serta tindakan tegas terhadap undang-undang negara asing yang dianggap terlalu ketat untuk membolehkan industri itu berkembang, yang merupakan satu peralihan yang ketara berbanding pendekatan mantan Presiden Joe Biden yang mengawal akses cip-cip AI dari Amerika.

"Kita juga perlu mempunyai satu piawai persekutuan, bukan 50 wilayah yang mengawal selia industri ini pada masa akan datang," kata Encik Trump.

Michael Kratsios, ketua Pejabat Dasar Sains dan Teknologi, memberitahu para wartawan pada Rabu (23 Jul) bahawa jabatan-jabatan di bawah Pejabat Perdagangan dan Negara Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan industri itu untuk "menghantar pakej eksport AI yang selamat termasuk model perkakasan, aplikasi sofwe dan piawaiannya kepada sekutu-sekutu Amerika di seluruh dunia".
 
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita