Trump umum kenakan tarif ke atas negara yang lakukan perdagangan dengan Iran
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (12 Jan) mengumumkan tarif sebanyak 25 peratus ke atas mana-mana negara yang berdagang dengan Iran, di tengah-tengah tindakan keras dan ganas oleh Tehran terhadap gelombang tunjuk perasaan.
"Berkuat kuasa serta-merta, mana-mana negara yang menjalankan perniagaan dengan Republik Islam Iran akan membayar Tarif sebanyak 25 peratus ke atas mana-mana dan semua perniagaan yang dijalankan dengan Amerika Syarikat," kata Encik Trump dalam satu catatan di Truth Social.
"Perintah ini adalah muktamad dan konklusif," katanya.
Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York enggan mengulas mengenai pengumuman tarif Encik Trump itu. Iran, yang sememangnya sudah berada di bawah sekatan berat Amerika Syarikat, mengeksport sebahagian besar minyaknya ke China, manakala Turki, Iraq, Amiriah Arab Bersatu dan India adalah antara rakan dagang utama yang lain.
Satu tindakan keras yang ganas terhadap gelombang tunjuk perasaan di Iran membunuh sekurang-kurangnya 648 orang, menurut sebuah kumpulan hak asasi pada Isnin.
Sementara itu, pihak berkuasa Iran cuba menguasai semula jalan raya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara. Seruan pemerintah untuk perhimpunan menyokong Republik Islam itu menarik ribuan orang pada Isnin, satu kehadiran yang dipuji oleh Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei sebagai bukti bahawa tunjuk perasaan tersebut - yang dikaitkan oleh pihak berkuasa sebagai campur tangan asing - sudah dikalahkan.
Pemimpin Iran, yang pengaruh serantau mereka kini semakin berkurangan, sedang menghadapi tunjuk perasaan sengit yang berkembang daripada aduan mengenai kesusahan ekonomi yang teruk kepada seruan menuntut kejatuhan sistem pemerintahan agama yang sudah lama bertapak.
Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran bahawa gangguan internet yang menurut pemantau Netblocks sudah berlangsung selama empat hari, bertujuan untuk menyembunyikan tindakan keras yang membawa maut terhadap tunjuk perasaan tersebut.
NGO yang berpangkalan di Norway, Iran Human Rights (IHR), berkata ia telah mengesahkan 648 orang terbunuh semasa tunjuk perasaan, termasuk sembilan kanak-kanak, dan beribu-ribu lagi cedera, namun memberi amaran bahawa angka kematian berkemungkinan jauh lebih tinggi - "mengikut beberapa anggaran lebih daripada 6,000," katanya.
IHR menambah bahawa penutupan internet menyukarkan usaha untuk mengesahkan laporan tersebut secara bebas, dan menyatakan anggaran 10,000 orang sudah ditangkap.
"Masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk melindungi penunjuk perasaan awam daripada pembunuhan beramai-ramai oleh Republik Islam," kata pengarah IHR, Mahmood Amiry-Moghaddam.
Presiden Donald Trump sudah berulang kali mengancam untuk campur tangan secara ketenteraan jika Tehran membunuh penunjuk perasaan. Setiausaha Akhbar Karoline Leavitt berkata pada Isnin bahawa pilihan ketenteraan, termasuk serangan udara, masih "dipertimbangkan," namun "diplomasi sentiasa menjadi pilihan pertama bagi presiden."
Lebih daripada dua minggu tunjuk perasaan yang pada mulanya dicetuskan oleh rungutan ekonomi sudah berubah menjadi salah satu cabaran terbesar kepada sistem teokrasi yang memerintah Iran sejak revolusi Islam 1979 menggulingkan shah.
Khamenei, yang berkuasa sejak 1989 dan kini berusia 86 tahun, berkata dalam satu kenyataan bahawa perhimpunan menyokong pemerintah pada Isnin adalah satu "amaran" kepada Amerika Syarikat.
"Perhimpunan besar-besaran ini, yang penuh dengan keazaman, menggagalkan rancangan musuh asing yang sepatutnya dilaksanakan oleh tentera upahan dalam negeri," katanya, menurut TV pemerintah.

Sumber : Reuters/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.