Trump umum Barret sebagai pilihan hakim Mahkamah Agung
Pergeseran baru muncul di Amerika Syarikat menjelang Pilihan Raya Presiden negara itu pada 3 November nanti.

Hakim Amy Coney Barrett berucap setelah dipilih Presiden Trump sebagai hakim Mahkamah Agung AS (Gambar: AFP/Olivier DOULIERY)
WASHINGTON: Pergeseran baru muncul di Amerika Syarikat menjelang Pilihan Raya Presiden negara itu pada 3 November nanti.
Isu terbaru itu mengenai pelantikan hakim baru Mahkamah Agung.
Calon Presiden dari parti Democrat, Joe Biden menyeru Dewan Senat supaya tidak meluluskan pelantikan itu sebelum Pilihan Raya Presiden.
Presiden Donald Trump mencalonkan Hakim Amy Coney Barrett bagi jawatan itu menggantikan Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia pada 18 September.
Berbeza dengan Hakim Ginsburg yang liberal, Hakim Barrett yang berusia 48 tahun berfahaman konservatif.
Sekiranya Senat meluluskan pencalonan ibu kepada tujuh anak termasuk dua anak angkat itu, ia bermakna enam hakim Mahkamah Agung berfahaman konservatif.
Jika dilantik, Hakim Barret merupakan wanita kelima yang pernah mengisi kerusi mahkamah tertinggi Amerika itu.
Mahkamah Agung Amerika Syarikat mempunyai sembilan hakim dan jawatan itu disandang seumur hidup.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.