Trump umum Amerika, Kanada tidak akan sambung rundingan dagang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (31 Okt) bahawa Amerika Syarikat dan Kanada tidak akan menyambung semula rundingan perdagangannya.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (31 Okt) bahawa Amerika Syarikat dan Kanada tidak akan menyambung semula rundingan perdagangannya.
Perdana Menteri Kanada Mark Carney sudah pun memohon maaf kepada Encik Trump berhubung iklan politik Ontario yang menggunakan kenyataan oleh mantan Presiden Amerika Ronald Reagan yang berkata tarif membawa padah.
“Saya sukakan beliau, tetapi apa yang mereka lakukan itu salah,” kata Encik Trump. “Beliau memohon maaf atas apa yang mereka lakukan dengan iklan tersebut kerana ia satu iklan palsu.”
Encik Carney tidak segera membalas sebarang permintaan komen berhubung perkara itu.
Encik Trump membatalkan rundingan dengan Kanada pada minggu lalu susulan iklan yang disiarkan oleh wilayah Ontario itu, sambil menambah beliau akan menaikkan tarif ke atas Kanada sebanyak 10 peratus lagi.
Iklan oleh pemerintah Ontario itu menampilkan ikon Republican, mantan Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, yang berkata bahawa tarif ke atas barangan asing boleh membawa kepada perang perdagangan dan kehilangan pekerjaan.
Encik Reagan terkenal dengan pendiriannya yang menyokong pasaran dan perdagangan bebas.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.