Trump uar-uarkan pencapaian sendiri dalam ucapan Rumah Putih meski kadar keyakinannya merosot
Dalam ucapan lewat petang yang jarang diadakan dari Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (17 Dis) menggembar-gemburkan pencapaiannya dan menuding jari ke arah pendahulu Democratnya atas kenaikan harga pengguna sedang partinya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pertengahan penggal yang sukar pada tahun depan.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Dalam ucapan lewat petang yang jarang diadakan dari Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (17 Dis) menggembar-gemburkan pencapaiannya dan menuding jari ke arah pendahulu Democratnya atas kenaikan harga pengguna sedang partinya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pertengahan penggal yang sukar pada tahun depan.
“11 bulan lalu, saya mewarisi kekacauan, dan saya sedang memperbaikinya,” kata Encik Trump dalam ucapan kurang 20 minit yang disampaikan dengan pantas.
Presiden Republican itu, yang sering mengadu beliau tidak diiktiraf atas pencapaiannya, tidak menawarkan banyak inisiatif baharu untuk menangani kos yang tinggi.
Sebaliknya, beliau menyalahkan mantan Presiden Joe Biden, perjanjian perdagangan terdahulu, golongan pendatang dan apa yang digambarkannya sebagai sistem yang tidak telus.
Presiden Republican itu, turut menonjolkan usaha pentadbirannya pada tahun ini dalam pelbagai isu, daripada mengurangkan kemasukan di sempadan hingga menurunkan harga bagi beberapa barangan.
Encik Trump juga mengumumkan pentadbirannya akan menghantar “dividen pejuang” sebanyak AS$1,776 (S$2,293.17) kepada 1.45 juta anggota perkhidmatan Amerika Syarikat dalam minggu akan datang.
Beliau juga menyokong cadangan parti Republican untuk menghantar wang tunai secara langsung kepada rakyat bagi mengimbangi kos insurans kesihatan, dan bukannya menyediakan subsidi melalui Akta Penjagaan Dimampui, satu cadangan yang belum mendapat sokongan mencukupi di Kongres.
“Saya mahu wang itu pergi terus kepada rakyat supaya anda boleh membeli penjagaan kesihatan sendiri,” kata Encik Trump, dengan hiasan perayaan sebagai latar belakangnya dalam sebuah bilik. “Satu-satunya pihak yang rugi adalah syarikat insurans.”
PRESTASI BURUK TRUMP DALAM ISU EKONOMI
Ucapan itu memberikan peluang kepada Encik Trump untuk menangani kebimbangan orang ramai berhubung isu kemampuan, satu isu yang Encik Trump, seorang Republican, sebelum ini labelkan sebagai helah pihak Democrat.
Pada Rabu, sambil menyalahkan pentadbiran Encik Biden, Encik Trump mengakui bahawa harga barangan pengguna masih tinggi dan berhujah bahawa negara “berada pada landasan yang betul” untuk menuju ke arah ledakan ekonomi.
“Saya sedang menurunkan harga tinggi itu dan menurunkannya dengan sangat cepat,” kata beliau.
Parti Republican pimpinan Encik Trump sedang berusaha untuk mengekalkan kawalan Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pada November tahun depan. Sementara itu, parti Democrat menonjolkan isu kemampuan dan perbezaan dasar penjagaan kesihatan dalam usahanya untuk merampas kuasa.
Kadar inflasi yang tinggi sepanjang tempoh pentadbiran Encik Biden selama empat tahun membantu Encik Trump mengatasi mantan Naib Presiden Kamala Harris dalam pilihan raya tahun lalu.
Namun dasar tarif Encik Trump tahun ini mencetuskan ketidaktentuan dan menaikkan harga dalam ekonomi yang kini berada di bawah pentadbiran beliau selama hampir setahun – dan Encik Trump, seperti Encik Biden sebelum ini, masih bergelut untuk meyakinkan warga Amerika bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.
Satu tinjauan baharu oleh Reuters/Ipsos pada Selasa menunjukkan hanya 33 peratus rakyat dewasa Amerika Syarikat berpuas hati dengan cara Encik Trump menangani ekonomi.
Encik Trump menyampaikan ucapannya di Bilik Penerimaan Diplomatik Rumah Putih dan bukannya Pejabat Oval seperti kebiasaan.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.