Trump tuntut hak bersuara pilih pengganti Ayatollah Ali Khamenei
Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis (5 Mac) bertegas bahawa beliau mahu mempunyai hak suara dalam memilih pemimpin agung Iran yang seterusnya, sedang perang yang dicetuskan oleh kempen Amerika Syarikat-Israel yang membunuh Ayatollah Ali Khamenei menggemparkan seluruh Timur Tengah dan rantau lain.
Tentera Israel menyatakan pihaknya mula menyasarkan Hezbollah yang disokong Iran di pinggir bandar selatan Beirut, selepas mengeluarkan amaran pemindahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi seluruh kawasan tersebut yang menyebabkan penduduk melarikan diri dalam ketakutan.
Kesan peperangan ini dirasai sehingga ke pantai Sri Lanka, di mana sebuah kapal selam Amerika Syarikat melepaskan torpedo ke arah kapal perang Iran, dan Azerbaijan, yang mengancam tindakan balas selepas sebuah dron melanda sebuah lapangan terbang.
Encik Trump pada Khamis menolak kemungkinan anak lelaki Khamenei, Mojtaba Khamenei, menggantikan bapanya yang terbunuh sebagai pemimpin agung, sambil menyifatkan lelaki lebih muda itu sebagai "tidak berpengaruh".
"Saya perlu terlibat dalam pelantikan itu, seperti dengan Delcy," kata Encik Trump kepada Axios dalam satu temu bual, merujuk kepada perbandingan dengan Venezuela, di mana presiden interim Delcy Rodriguez bekerjasama dengannya di bawah ancaman keganasan selepas Amerika Syarikat menggulingkan ketuanya, Nicolas Maduro.
"Anak lelaki Khamenei tidak boleh diterima oleh saya. Kami mahukan seseorang yang akan membawa keharmonian dan keamanan kepada Iran," kata Encik Trump dipetik sebagai berkata, sambil mengancam lebih banyak peperangan pada masa hadapan jika alternatif yang lebih baik tidak ditemui.
Kenyataan tersebut membayangkan kesediaan untuk bekerjasama dengan seseorang dari dalam republik Islam itu daripada menggulingkan pemerintah sepenuhnya, walaupun Encik Trump berulang kali menggesa rakyat Iran untuk bangkit dan mengambil alih semula negara mereka.
SERANGAN DI BEIRUT
Lubnan diheret ke dalam konflik yang semakin meluas itu pada Isnin, apabila Hezbollah menyerang Israel untuk membalas dendam atas pembunuhan Khamenei. Israel membalas dengan serangan udara dan menghantar tentera darat ke beberapa kampung di sempadan Lubnan.
Dalam satu mesej kepada penduduk di pinggir bandar Dahiyeh di selatan Beirut, jurucakap tentera Israel berkata: "Selamatkan nyawa anda dan kosongkan kediaman anda dengan segera." Tentera Israel kemudian mengumumkan pihaknya sudah "mula menyerang prasarana Hezbollah" di Dahiyeh.
Amaran itu menyebabkan orang ramai melarikan diri dari kawasan tersebut, dengan kesesakan lalu lintas yang besar di pinggir bandar, sementara ada individu yang melepaskan tembakan ke udara bagi menggesa penduduk tempatan beredar secepat mungkin.
Di sebuah pantai di Beirut, ratusan keluarga, kebanyakannya takut dan marah, berkumpul selepas melarikan diri dengan tergesa-gesa tanpa mempunyai tempat lain untuk dituju. "Kami melarikan diri dari pinggir bandar, kami dihina," kata seorang lelaki kepada AFP. "Kami akan tidur di atas jalan malam ini dan hanya Tuhan yang tahu apa yang akan terjadi kepada kami."
Pihak berkuasa Lubnan berkata sekurang-kurangnya 123 orang sudah terbunuh, 683 cedera dan sekurang-kurangnya 90,000 hilang tempat tinggal sejak Isnin.
DARI SRI LANKA KE AZERBAIJAN
Di sempadan Iran, negara jiran Azerbaijan memberi amaran bahawa serangan dron ke atas sebuah lapangan terbang "tidak akan dibiarkan tanpa jawapan," sekali gus meningkatkan kebimbangan negara lain akan memasuki kancah peperangan.
Iran menafikan terlibat dalam serangan itu dan menyalahkan Israel, namun itu tidak menghalang Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev daripada menuduh Tehran melakukan "keganasan."
Sementara itu, Australia sudah mengerahkan dua pesawat tentera ke lokasi konflik, dan Perdana Menteri Kanada Mark Carney berkata beliau tidak menolak kemungkinan angkatan tenteranya akan turut serta.
Menyusuli serangan baharu ke atas ibu kota Iran, imej AFPTV menunjukkan kenderaan yang hangus dan bangunan yang hancur, dengan asap masih menyelubungi sebahagian kawasan. "Kami sedang melalui lembaran sejarah yang sangat penting dan saya tidak takut," kata seorang penduduk Tehran berusia 30 tahun kepada AFP. "Harapan adalah satu-satunya perkara yang kami ada sekarang."
Sebuah yayasan tajaan pemerintah Iran menyatakan angka kematian akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Republik Islam itu sudah meningkat kepada 1,230 orang, jumlah yang tidak dapat disahkan secara bebas oleh AFP. Tentera Amerika Syarikat pula melaporkan kematian enam kakitangannya sejak perang bermula pada Sabtu.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi nada tegas pada Khamis, mengatakan bahawa Tehran tidak meminta gencatan senjata dan tidak "melihat sebarang sebab mengapa kami perlu berunding dengan Amerika Syarikat".
Mengenai kemungkinan pencerobohan darat, beliau memberitahu rangkaian berita Amerika Syarikat NBC News: "Kami yakin kami boleh menghadapi mereka dan itu akan menjadi bencana besar buat mereka."
Israel, sementara itu, berkata 60 peratus daripada pelancar peluru berpandu Iran dan 80 peratus daripada sistem pertahanan udaranya sudah musnah. Mengumumkan "fasa seterusnya" dalam kempen tersebut, ketua tentera Zamir berkata Israel mempunyai "kejutan tambahan di hadapan."
TELUK DI BAWAH SERANGAN
Konflik ini tidak terlepas daripada melanda monarki Teluk yang kaya, yang biasanya dianggap sebagai kawasan selamat di rantau yang bergolak, apabila Iran melepaskan serangan ke arah bandar-bandar dan prasarana tenaga.
Tiga belas orang, tujuh daripadanya orang awam, terbunuh di negara-negara sekitar Teluk sejak perang bermula, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kuwait.
Qatar menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya sedang memintas serangan peluru berpandu ketika letupan kuat bergema di seluruh Doha. Serpihan yang jatuh daripada dron yang dipintas turut mencederakan enam orang di ibu kota Amiriah, Abu Dhabi. Di Bahrain, serangan peluru berpandu Iran mencetuskan kebakaran di loji penapisan minyak utama milik negara, yang kemudiannya berjaya dikawal.
Beberapa diplomat Barat di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, pula menyatakan mereka sudah diberitahu pada Khamis untuk berlindung di tempat sedia ada, manakala seorang saksi berkata kawasan diplomatik di ba

Sumber : Reuters/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.