Skip to main content

Dunia

Trump tolak sekatan eksport diesel susuli pelepasan rizab Eropah

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (2 Okt) bahawa negara itu tidak akan mengenakan sekatan eksport diesel, sambil menyambut baik keputusan negara-negara Eropah untuk melepaskan bahan api tersebut daripada rizab mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump tolak sekatan eksport diesel susuli pelepasan rizab Eropah

Sebuah pam mengisi diesel ke dalam tangki bahan api sebuah bas di Orange, California, pada 7 April 2026. (Gambar fail: AP/Jae C. Hong)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 09:32AM
Trump rejects restrictions on diesel exports following the release of European reserves
  • Donald Trump said at the White House on Friday that the United States would not restrict diesel exports, while praising Europe for being prepared to release fuel reserves.
  • He had previously supported the restrictions on Sep 22 and was still referring to them on Thursday, saying they could lower prices for United States consumers.
  • G7 countries agreed to release 100 million barrels of diesel and crude oil over four months to ease concerns over global energy supplies arising from the war involving Iran.
  • The energy issue also put political pressure on Trump’s Republican Party ahead of next month’s midterm elections, as electors were dissatisfied with energy prices.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (2 Okt) bahawa negara itu tidak akan mengenakan sekatan eksport diesel, sambil menyambut baik keputusan negara-negara Eropah untuk melepaskan bahan api tersebut daripada rizab mereka.

"Sebenarnya, ia tidak pernah benar-benar dipertimbangkan. Tetapi apa yang dilakukan Eropah merupakan satu langkah yang baik," kata Encik Trump di Rumah Putih ketika ditanya seorang wartawan AFP sama ada rancangan sekatan eksport Amerika Syarikat itu kini tidak lagi dipertimbangkan.

Encik Trump menambah: "Saya yang memintanya. Eropah mempunyai banyak diesel dan mereka akan memberi sumbangan besar kepada dunia — begitu juga dengan kami.

"Dan kami tidak akan mengenakan sekatan eksport. Kami akan melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan."

Encik Trump sebelum ini berkata beliau menyokong sekatan eksport diesel pada 22 September — langkah yang akan menurunkan harga bagi para pengguna Amerika Syarikat tetapi memberi tekanan terhadap bekalan di negara-negara lain di seluruh dunia.

Malah pada Khamis, beliau berkata Amerika Syarikat masih mempertimbangkan langkah tersebut sedang pentadbirannya memberi tekanan kepada Eropah supaya menggunakan bekalan rizabnya.

Negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Jumaat bersetuju untuk melepaskan 100 juta tong diesel dan minyak mentah daripada rizab mereka dalam tempoh empat bulan bagi meredakan kebimbangan berhubung bekalan tenaga global yang tercetus akibat perang Iran.

Parti Republican pimpinan Encik Trump berdepan risiko kehilangan kawalan Kongres dalam pilihan raya pertengahan penggal bulan depan, sedang para pengundi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap perang tersebut dan kesannya terhadap harga tenaga.
Sumber : AFP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita