Skip to main content

Dunia

Trump tidak bercadang bertemu Kim Jong Un semasa lawatan ke Korea Selatan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak bercadang untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un semasa lawatannya ke Korea Selatan lewat minggu ini, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran AS pada Isnin (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Trump tidak bercadang bertemu Kim Jong Un semasa lawatan ke Korea Selatan

Presiden Donald Trump. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 11:39AM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 11:43AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak bercadang untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un semasa lawatannya ke Korea Selatan lewat minggu ini, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran AS pada Isnin (24 Jun).

Encik Trump akan berkunjung ke Seoul pada Sabtu dan Ahad selepas menghadiri sidang puncak Kumpulan 20 atau G20 di Jepun, yang mendorong spekulasi bahawa satu pertemuan antara Encik Trump dan Encik Kim boleh diatur di sempadan antara Korea.

"Presiden (Trump) berada di sana untuk bertemu Presiden Moon (Jae In)," kata pegawai itu kepada pemberita dalam satu perbualan telefon.

Mengulas lawatan Encik Trump ke zon bebas tentera, beliau berkata butiran jadual presiden itu belum muktamad.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita