Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump tidak akan beri keterangan dalam perbicaraan kes rogol, fitnah di New York

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak akan memberi keterangan semasa perbicaraan kes sivil untuk mencabar dakwaan penulis E Jean Carroll yang menuduh Encik Trump merogolnya pada tahun 1990-an dan kemudian memfitnahnya.

Ini selepas Encik Trump membiarkan tarikh akhir pada Ahad (7 Mei) berlalu tanpa menghadirkan diri di mahkamah.

Peguam Encik Trump, Joseph Tacopina, memberitahu hakim pada Khamis bahawa Encik Trump sudah mengetepikan haknya untuk memberi keterangan dalam perbicaraan di mahkamah persekutuan di Manhattan.

Encik Trump juga memilih untuk tidak mengemukakan pembelaan bagi kes itu, dengan harapan barisan juri akan mendapati Cik Carroll gagal untuk mengemukakan kes yang meyakinkan.

Semasa menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen, Encik Tacopina berkata dalam satu kenyataan bahawa pasukan guaman Encik Trump sudah memberitahu mahkamah pada Khamis bahawa mantan presiden AS itu tidak akan memberi keterangan dalam kes tersebut.

Dalam satu video yang dimainkan untuk para juri pada Rabu (3 Mei), Encik Trump menyangkal dakwaan yang menuduhnya merogol Cik Carroll.

"Ini cerita yang paling tidak masuk akal dan menjijikkan," kata Encik Trump dalam video itu, yang ditayangkan di atas sebuah meja persidangan sedang para peguam Cik Carrol membentangkan dokumen-dokumen kepadanya.

"Semua ini sengaja diada-adakan," tegas Encik Trump.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan