Skip to main content

Dunia

Trump tawar AS$5,000 kepada rakyat Amerika jika Republican menang pilihan raya separuh penggal

Presiden Donald Trump pada Rabu (9 Sep) berkata beliau akan memberikan "dividen Trump" sebanyak AS$5,000 (S$6,321.63) kepada setiap rakyat Amerika dewasa sekiranya Parti Republican kekal menguasai Kongres dalam pilihan raya separuh penggal pada November, dalam usaha untuk meyakinkan para pengundi supaya menyokong partinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump tawar AS$5,000 kepada rakyat Amerika jika Republican menang pilihan raya separuh penggal

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadiri Konvensyen Nasional Pilihan Raya Separuh Penggal Parti Republican di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, pada 9 September 2026. (Gambar: REUTERS/Eric Lee)

Diterbitkan : 10 Sep 2026 11:42AM
  • Donald Trump mencadangkan pemberian 'dividen Trump' sebanyak AS$5,000 kepada setiap rakyat Amerika dewasa jika Parti Republican kekal menguasai Kongres.
  • Cadangan ini diumumkan semasa konvensyen pilihan raya separuh penggal Parti Republican di Dallas, dengan Trump sebagai tumpuan utama.
  • Butiran pelaksanaan dan kesahihan undang-undang cadangan tersebut masih belum jelas, dengan kos dianggarkan AS$1.35 trilion.
  • Strategi ini bertujuan menarik sokongan pengundi di tengah-tengah ketidakpuasan terhadap kos sara hidup dan isu antarabangsa, menjelang pilihan raya pada 3 November.
Dijana oleh AI
DALLAS: Presiden Donald Trump pada Rabu (9 Sep) berkata beliau akan memberikan "dividen Trump" sebanyak AS$5,000 (S$6,321.63) kepada setiap rakyat Amerika dewasa sekiranya Parti Republican kekal menguasai Kongres dalam pilihan raya separuh penggal pada November, dalam usaha untuk meyakinkan para pengundi supaya menyokong partinya.

Encik Trump mengemukakan cadangan itu pada konvensyen pilihan raya separuh penggal pertama Parti Republican.

Namun, ia masih belum jelas bagaimana pembayaran tersebut akan dilaksanakan atau sama ada ia dibenarkan di sisi undang-undang. Dengan kira-kira 270 juta penduduk dewasa di Amerika Syarikat, cadangan tersebut dianggarkan menelan belanja sekitar AS$1.35 trilion (S$1.71 trilion).

Dalam ucapannya pada waktu perdana, Encik Trump menyatakan, beliau sudah melengkapkan "dua tahun terhebat dalam sejarah kepresidenan", sekali gus meletakkan dirinya sebagai tumpuan utama pilihan raya tersebut meskipun kadar sokongan terhadapnya semakin merosot.

Namun, masih belum jelas sama ada ucapan yang menyerupai ucapan kempen tersebut dapat menarik sokongan para pengundi atas pagar. Tinjauan pendapat menunjukkan golongan tersebut semakin menjauh daripada parti Encik Trump di tengah-tengah rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup dan perang dengan Iran.

"Kita serahkan masa depan Amerika kepada Parti Democrat berhaluan kiri radikal, dan negara kita akan menghabiskan sedekad seterusnya hanya untuk bangkit semula," kata beliau.

"Undilah Parti Republican dan kita akan meninggalkan negara-negara lain jauh di belakang untuk generasi akan datang."

Perhimpunan dua hari di Dallas itu menunjukkan betapa rapatnya nasib Parti Republican dengan Encik Trump. Beliau dijadual menyampaikan ucapan penutup pada Khamis, selepas ucaptama Naib Presiden JD Vance.

Perhimpunan tersebut juga menjadi medan untuk mengetengahkan strategi parti berkenaan menjelang pilihan raya separuh penggal pada 3 November.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita