Trump tangguh tarif ke atas kenderaan dari Kanada, Mexico selama 6 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

Karoline Leavitt bercakap kepada media di Bilik Taklimat Media James Brady, Rumah Putih, Washington, 5 Mac 2025. (Gambar: AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memutuskan untuk menangguh pelaksanaan tarif ke atas kenderaan dari Kanada dan Mexico selama sebulan sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan ketua tiga syarikat pengeluar kereta terbesar Amerika pada Rabu (5 Mac), lapor Agensi Anadolu (AA).
Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata Presiden Trump membuat keputusan itu atas permintaan pemimpin Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat-syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dasar tarif yang lebih luas terhadap negara lain di seluruh dunia akan tetap berkuat kuasa seperti yang dirancang pada 2 April.
“Beliau memberitahu mereka untuk bertindak segera, mula melabur, memindahkan pengeluaran ke Amerika Syarikat, supaya mereka tidak perlu membayar tarif. Itulah matlamat utama,” katanya.
Saham ketiga-tiga syarikat didagangkan lebih tinggi pada petang Rabu selepas pengesahan Rumah Putih.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.