Trump tandatangan perintah eksekutif perketat kewarganegaraan berasaskan kelahiran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
- Presiden Donald Trump menandatangani dua perintah eksekutif pada 6 Ogos untuk mengetatkan pemberian kewarganegaraan berasaskan kelahiran di Amerika Syarikat.
- Satu perintah memperluaskan kategori individu yang tidak layak menerima kewarganegaraan secara automatik, termasuk musuh asing dan anggota pertubuhan pengganas.
- Perintah kedua melarang pelancongan kelahiran, dengan pegawai konsular diarahkan menolak visa kepada individu yang ingin melahirkan anak di Amerika Syarikat untuk mendapatkan kewarganegaraan.
- Tindakan ini diambil selepas Mahkamah Tinggi membatalkan usaha Trump sebelum ini, dengan alasan mahu membetulkan ketidakadilan dan mencegah penyalahgunaan sistem.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis (6 Ogos) menandatangani dua perintah eksekutif yang bertujuan memperketat pemberian kewarganegaraan berasaskan kelahiran, termasuk satu perintah yang meluaskan kategori individu yang dianggap tidak layak menerima kewarganegaraan secara automatik ketika lahir serta satu lagi yang melarang amalan yang dikenali sebagai "pelancongan kelahiran", lapor Anadolu Ajansi (AA).
Presiden Trump mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini berhubung kewarganegaraan berasaskan kelahiran dengan menyifatkannya sebagai "keputusan yang amat malang".
"Kami sedang membuat beberapa penyesuaian kerana keadaan ini sangat tidak adil," katanya kepada pemberita di Pejabat Bundar sebelum menandatangani perintah berkenaan.
"Perkara ini diwujudkan sejurus selepas Perang Saudara. Ia bertujuan untuk anak-anak hamba, tetapi apa yang berlaku sekarang? Terdapat pihak yang meraih keuntungan daripada sistem itu ... Ini bukanlah cara sistem itu sepatutnya berfungsi," katanya, merujuk kepada kewarganegaraan berasaskan kelahiran yang dijamin menerusi Pindaan Ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat.
Mahkamah Tinggi pada Jun membatalkan perintah eksekutif Presiden Trump yang bertujuan menamatkan kewarganegaraan berasaskan kelahiran, dengan Ketua Hakim John Roberts menegaskan bahawa perlindungan di bawah Pindaan Ke-14 meliputi semua kanak-kanak yang dilahirkan di bumi Amerika.
Timbalan Ketua Staf Rumah Putih Stephen Miller berkata perintah eksekutif pertama itu bersandarkan keputusan terkini Mahkamah Agung bagi memperluaskan takrif individu yang tidak berhak memperolehi kewarganegaraan berasaskan kelahiran.
"Presiden menggunakan kuasanya sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera untuk menandatangani perintah eksekutif pertama berdasarkan keputusan baharu Mahkamah Tinggi bagi memperluaskan takrif individu yang tidak layak menerima kewarganegaraan berasaskan kelahiran," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata perintah itu meliputi "musuh asing Amerika Syarikat, anggota pertubuhan pengganas asing serta pelbagai kategori individu yang melobi dan bertindak bagi pihak pemerintah asing".
"Dengan tindakan ini, sejumlah besar individu yang sebelum ini secara tidak wajar memperolehi kewarganegaraan berasaskan kelahiran tidak lagi layak menerima manfaat itu," katanya.
Presiden Trump turut menandatangani perintah eksekutif kedua yang melarang "pelancongan kelahiran", iaitu amalan individu melancong ke Amerika Syarikat menggunakan visa sementara semata-mata untuk melahirkan anak supaya bayi itu memperolehi kewarganegaraan.
Encik Miller berkata perintah itu mengarahkan pegawai konsular supaya menolak permohonan visa daripada individu yang tujuan utama mereka ke Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak yang bakal dilahirkan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.