Skip to main content

Dunia

Trump tanda tangan perintah eksekutif larang transaksi TikTok,WeChat, bermula 20 Sep

Presiden Donald Trump pada Khamis (6 Ogos) menandatangani dua perintah eksekutif melarang sebarang transaksi oleh syarikat dan penduduk Amerika Syarikat (AS) untuk aplikasi media sosial TikTok serta WeChat, bermula 20 September, lapor Agensi Anadolu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Trump tanda tangan perintah eksekutif larang transaksi TikTok,WeChat, bermula 20 Sep

Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)

Diterbitkan : 07 Aug 2020 04:56PM Dikemas Kini : 07 Aug 2020 05:00PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Khamis (6 Ogos) menandatangani dua perintah eksekutif melarang sebarang transaksi oleh syarikat dan penduduk Amerika Syarikat (AS) untuk aplikasi media sosial TikTok serta WeChat, bermula 20 September, lapor Agensi Anadolu. 

"Penyebaran aplikasi mudah alih di AS, khususnya, yang dibangunkan dan dimiliki syarikat China, terus mengancam keamanan negara, dasar luar serta ekonomi AS," menurut perintah eksekutif itu.

Menurut kedua-dua perintah itu AS "mesti mengambil tindakan agresif" terhadap pemilik TikTok dan WeChat "untuk melindungi keselamatan negara kita."

Pada 3 Ogos, Presiden Trump memberi tempoh sehingga 15 September kepada bakal pembeli operasi TikTok AS untuk membuat perjanjian, mengancam akan melarang aplikasi video di negara itu.

Menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan negara, Encik Trump menegaskan beliau tidak mahu TikTok berada di bawah kawalan China.

"Tempoh akan tamat pada 15 September, kecuali Microsoft atau orang lain dapat membelinya dan membuat perjanjian yang sesuai."

Sumber : Bernama/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita