Skip to main content

Dunia

Trump sokong dasar vaksin Kennedy meski wujud risiko terhadap kesihatan, politik

Anggaran Waktu Membaca:
Trump sokong dasar vaksin Kennedy meski wujud risiko terhadap kesihatan, politik

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Insan Robert F Kennedy Jr dan Setiausaha Pendidikan Linda McMahon di Rumah Putih pada 22 Mei 2025. (Gambar fail: Reuters/Evelyn Hockstein)

Diterbitkan : 07 Sep 2025 09:57AM Dikemas Kini : 07 Sep 2025 10:35AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi sokongan kepada Setiausaha Kesihatna Robert F Kennedy Jr, walaupun berdepan tentangan Kongres dan amaran dari pakar kesihatan awam berhubung perubahan meluas terhadap dasar vaksin.

Sejak memegang peranan tersebut, Encik Kennedy memotong peruntukan penyelidikan vaksin, menyekat askes vaksin COVID-19 dan memecat ketua CDC.

Para pakar memberi amaran kadar vaksinasi yang merosot boleh mencetuskan wabak, dengan Encik Trump berkemungkinan perlu menanggung padahnya.

SOKONGAN TRUMP

Encik Trump memuji Encik Kennedy pada Khamis sambil berkata: "Beliau orang yang baik... beliau emmpunyai idea yang berbeza."

Seorang jurucakap Rumah Putih berkata Encik Trump "mempercayai pertimbangannya" walaupun beliau tidak berkongsi minat Encik Kennedy.

Encik Trump melantik Encik Kennedy selepas gerakan "Jadikan Amerika Sihat Semula" bantu mendapatkan beliau undian dalam pilihan raya 2024. Walaupun beliau dahulu pernah bercalon dalam pilihan raya presiden, Encik Kennedy menyokong Encik  Trump selepas beliau menarik diri.

SIKAP TRUMP TERHADAP VAKSIN

Trump sering menggembar-gemburkan Operation Warp Speed, yang mempercepatkan pembangunan vaksin COVID-19, namun beliau sendiri teragak-agak untuk mendakap vaksin disebabkan oleh keraguan dalam pasukannya. 

Pada Jumaat (5 Sep) beliau berkata: "Anda mempunyai beberapa vaksin yang sangat menakjubkan ... anda perlu berhati-hati apabila berkata sesetengah orang tidak perlu diberikan vaksin."

Undian menunjukkan kepercayaan Demokrat terhadap vaksin meningkat kepada 75 peratus, manakala kepercayaan Republikan merosot kepada 41peratus.

RISIKO POLITIK

Semasa perbicaraan Senat pada Khamis lalu, Encik Kennedy berdepan kritikan daripada kedua-dua parti. Parti-parti sekutu Trump mempertahankannya, manakala seruan Encik Kennedy agar Trump diberikan Hadiah Nobel untuk dasar vaksin, dilaporkan membuat Encik Trump berasa teruja.

Sungguhpun demikian, Senator Republikan John Barrasso menukil tinjauan yang menunjukkan hampir 90 peratus pengundi mahukan nasihat vaksin daripada saintis dan doktor.

KEPRIHATINAN TERHADAP KESIHATAN AWAM

Para pengkritik memberi amaran bahawa pakatan antara Encik Trump dengan Encik Kennedy boleh berpaling tadah. 

"Mereka mengambil jalan yang mudah dan kini ia akan membawa kepada keputusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan membawa bencana kepada kesihatan awam," kata pakar epidemiologi Yale Gregg Gonsalves. Walaupun demikian, beliau memuji Operation Warp Speed ​​sebagai "kemenangan yang luar biasa."

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita