Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump, Sisi gesa pertempuran di Libya dihentikan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi pada Isnin (20 Jul) menggesa keganasan di Libya segera dihentikan, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump, Sisi gesa pertempuran di Libya dihentikan

Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)

Diterbitkan : 21 Jul 2020 11:58AM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 12:00PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi pada Isnin (20 Jul) menggesa keganasan di Libya segera dihentikan, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi perbualan telefon pada Isnin, kedua-dua pemimpin itu "menegaskan perlunya pertempuran segera dihentikan termasuk melalui gencatan senjata serta rundingan ekonomi dan politik", kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Rumah Putih berkata Encik Trump pada Isnin turut bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron bagaimana untuk mengatasi keadaan di Libya.

Parlimen Mesir sebelum itu mengeluarkan mandat membolehkan Presiden menghantar tentera ke luar negara untuk "melindungi keselamatan negara."

"Di bawah mandat itu, tentera boleh menjalankan misi tempur di luar sempadan untuk mempertahankan keamanan Mesir," kata parlimen dalam satu kenyataan.

Libya dicengkam perang saudara sejak penggulingan dan pembunuhan bekas pemimpin Muammar Gaddafi pada 2011.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan