Trump setuju tunda kenaikan cukai AS$250 bilion ke atas barangan China
Presiden Amerika Donald Trump bersetuju menunda selama dua minggu, kenaikan cukai bernilai AS$250 bilion (S$343 bilion) ke atas barangan China.
WASHINGTON: Presiden Amerika Donald Trump bersetuju menunda selama dua minggu, kenaikan cukai bernilai AS$250 bilion (S$343 bilion) ke atas barangan China.
Encik Trump berkata keputusan itu diambil sebagai "tanda muhibah" atas permintaan Beijing.
Bulan lalu, Amerika Syarikat menyatakan bahawa negaranya akan menaikkan kadar cukai ke atas barangan China bernilai AS$250 bilion (S$347 juta), termasuk mengenakan cukai sebanyak 30 peratus berbanding 25 peratus sekarang.
Menurut Trump, penangguhan itu menyusuli "permintaan Naib Presiden China Liu He, dan disebabkan China akan menyambut ulang tahun ke-70 tahun".
Kenaikan cukai itu sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Oktober ini.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas China menyatakan ia akan mengecualikan beberapa produk Amerika daripada cukai yang membebankan.
Langkah Washington itu juga diambil menjelang rundingan peringkat tinggi kedua-dua pihak pada awal bulan depan di Washington.
Ini memberi harapan, bahawa ketegangan dapat diredakan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.
Bagaimanapun, beberapa pengamat berhujah bahawa langkah-langkah yang diambil Amerika Syarikat dan China belum lagi membuka jalan bagi meleraikan pertikaian dagangan antara kedua-dua negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.