Skip to main content

Dunia

Trump sertai sambutan peringati ulang tahun ke-250 penubuhan tentera Amerika

Presiden Donald Trump meraikan anggota tentera sempena ulang tahun perkhidmatan itu di Carolina Utara pada Selasa (10 Jun), serta mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan yang menentang perarakan tentera di Washington dan mengerahkan askar-askar dalam pertikaian berhubung dasar imigresen Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump sertai sambutan peringati ulang tahun ke-250 penubuhan tentera Amerika

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berdiri di dalam kubu sementara semasa lawatannya ke Fort Bragg bagi memperingati ulang tahun tentera Amerika Syarikat di North Carolina, Amerika Syarikat, pada 10 Jun 2025. (Gambar: REUTERS/Evelyn Hockstein)

FORT BRAGG: Presiden Donald Trump meraikan anggota tentera sempena ulang tahun perkhidmatan itu di Carolina Utara pada Selasa (10 Jun), serta mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan yang menentang perarakan tentera di Washington dan mengerahkan askar-askar dalam pertikaian berhubung dasar imigresen Amerika Syarikat.

Lawatan Trump ke Fort Bragg, yang menempatkan sekitar 50,000 askar, sempena ulang tahun ke-250 Tentera Amerika, dilakukan menyusuli keputusannya untuk mengerah 700 askar Marin dan 4,000 anggota Pengawal Negara ke Los Angeles bagi mengawal rusuhan berhubung dasar imigresennya.

Encik Trump bagaimanapun mempertahankan keputusannya sambil memberitahu wartawan bahawa langkah tersebut perlu diambil untuk melindungi harta benda dan kakitangan persekutuan.

Pemerintah California yang dipimpin parti Democrat pula menyifatkan tindakan itu sebagai penyalahgunaan kuasa dan satu provokasi yang tidak wajar.

Di Carolina Utara, Encik Trump berucap kepada anggota tentera selepas beliau dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth menyaksikan simulasi serangan terhadap bangunan oleh pasukan khas.

Ia merupakan acara pertama dalam siri sambutan ulang tahun tentera yang melibatkan Encik Trump, menjelang perarakan besar di Washington pada Sabtu (14 Jun).
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita