Skip to main content

Dunia

Trump sekali lagi tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk menarik diri sekali lagi daripada Perjanjian Iklim Paris, dengan Rumah Putih menyenaraikan langkah itu sebagai satu daripada keutamaan utamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump sekali lagi tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris
Diterbitkan : 21 Jan 2025 10:16AM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 10:17AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk menarik diri sekali lagi daripada Perjanjian Iklim Paris, dengan Rumah Putih menyenaraikan langkah itu sebagai satu daripada keutamaan utamanya.

Penarikan diri itu perlu dikemukakan secara rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan akan berkuat kuasa selepas tempoh setahun, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan Rumah Putih.

Langkah itu akan menyaksikan Amerika menarik diri secara besar-besaran daripada usaha global untuk menangani perubahan iklim.

Encik Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan Amerika.

Perjanjian Iklim Paris, yang diterima pakai semasa Sidang Puncak Iklim PBB 2015 di Paris, bertujuan mengehadkan pemanasan bumi ke paras bawah dua darjah Celsius berbanding paras sebelum evolusi perindustrian, dengan sasaran untuk mengehadkannya kepada 1.5 darjah Celsius.

Matlamat tersebut telah ditegaskan semula dalam beberapa persidangan iklim untuk mengurangkan kesan iklim yang serius, termasuk gelombang haba, kemarau, kebakaran liar, ribut, dan banjir yang semakin kerap berlaku.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita