Trump sedia terima keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat: Laporan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan kesediaan menerima keputusan pilihan raya pertengahan penggal negara itu dan bekerjasama dengan Parti Democrat, ketika keputusan awal menunjukkan Parti Republican mengalami kekalahan di beberapa kawasan penting.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadiri rapat pilihan raya bagi menyokong calon Senat Parti Republican, Ken Paxton, di Lubbock, Texas, pada 27 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Kaylee Greenlee)
- In an interview on Nov 3, President Donald Trump said he was ready to accept the midterm election results and negotiate with the Democratic Party, despite having previously questioned the elections’ transparency.
- Early results showed Democrats making gains in the races for the House of Representatives and Senate, but counting was still under way in some areas; the elections involved 435 House seats and 35 Senate seats.
- A White House official insisted that the administration remained steadfast, questioned the quality of Republican candidates and said Trump had helped the campaign through rallies, while Trump criticised Fox News’ coverage.
- The cost of living and the effects of the Iran war were concerns for voters. The White House expected oil prices to fall after the conflict ended, while Trump threatened to veto Democratic bills if they took control of Congress for the remaining two years of his term.
- Dalam wawancara pada 3 November, Presiden Donald Trump berkata beliau bersedia menerima keputusan pilihan raya pertengahan penggal dan berunding dengan Parti Democrat, meskipun sebelum ini beliau mempersoalkan ketelusan pilihan raya.
- Keputusan awal menunjukkan Democrat semakin maju dalam perebutan Dewan Perwakilan dan Senat, tetapi pengiraan di beberapa kawasan masih berjalan; pilihan raya melibatkan 435 kerusi Dewan dan 35 kerusi Senat.
- Seorang pegawai Rumah Putih menegaskan pentadbiran kekal teguh, mempersoalkan mutu calon Republican dan menyebut Trump membantu kempen melalui rapat umum, sementara Trump mengkritik liputan Fox News.
- Kos sara hidup dan kesan perang Iran menjadi kebimbangan pengundi; Rumah Putih menjangka harga minyak turun selepas konflik selesai, manakala Trump mengancam veto rang undang-undang Democrat jika mereka menguasai Kongres bagi baki dua tahun penggalnya.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan kesediaan menerima keputusan pilihan raya pertengahan penggal negara itu dan bekerjasama dengan Parti Democrat, ketika keputusan awal menunjukkan Parti Republican mengalami kekalahan di beberapa kawasan penting.
Dalam wawancara bersama akhbar The New York Times pada Selasa (3 Nov), Encik Trump berkata beliau bersedia menerima keputusan pilihan raya tersebut.
Beliau juga bersedia bekerjasama dengan Parti Democrat dan berharap kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan mengenai dasar-dasar tertentu.
Kenyataan itu dibuat selepas Encik Trump sebelum ini beberapa kali mempersoalkan ketelusan pilihan raya, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa beliau mungkin enggan menerima keputusan yang tidak memihak kepada Parti Republican.
Keputusan awal menunjukkan Parti Democrat mencatat kemajuan dalam usaha menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.
Bagaimanapun, pengiraan undi masih dijalankan di beberapa kawasan dan keputusan penuh belum dimuktamadkan.
RUMAH PUTIH KEKAL TEGAS MESKIPUN REPUBLICAN ALAMI KEKALAHAN
Sebelum kenyataan Encik Trump itu, seorang pegawai Rumah Putih menyifatkan pendirian pentadbiran beliau sebagai tetap tegas meskipun Parti Republican berdepan keputusan yang mengecewakan.
Pegawai tersebut turut mempersoalkan mutu beberapa calon Parti Republican yang bertanding bagi kerusi Dewan Perwakilan dan Senat.
Beliau berkata Encik Trump sudah berusaha membantu kempen calon-calon tersebut, termasuk menghadiri rapat pilihan raya di seluruh negara.
Encik Trump sebelum itu turut mengkritik liputan pilihan raya oleh saluran berita Fox News menerusi beberapa hantaran di platform Truth Social.
Beliau menuduh saluran tersebut tidak memberikan liputan yang adil terhadap dirinya dan Parti Republican.
KOS SARA HIDUP, PERANG IRAN JADI TUMPUAN PENGUNDI
Pilihan raya pertengahan penggal kali ini berlangsung ketika ramai pengundi Amerika menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup dan kesan perang dengan Iran.
Tinjauan pendapat sebelum pengundian menunjukkan kedua-dua isu tersebut menjadi antara kebimbangan utama pengundi.
Bagaimanapun, Rumah Putih mempertahankan dasar pentadbiran Encik Trump dan menyatakan harga minyak dijangka turun apabila konflik Iran diselesaikan.
Dalam wawancara berasingan bersama CBS News, Encik Trump turut memberi amaran bahawa beliau bersedia menggunakan kuasa veto untuk menyekat rang undang-undang Parti Democrat sekiranya parti itu menguasai Kongres.
Pilihan raya pertengahan penggal Amerika melibatkan perebutan semua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi Senat.
Keputusannya akan menentukan penguasaan Kongres bagi baki 2 tahun penggal kedua Encik Trump.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.