Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump sedia ampun perusuh 6 Jan jika menang pilihan raya presiden 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Trump sedia ampun perusuh  6 Jan jika menang pilihan raya presiden 2024

Donald Trump (Gambar fail: AP/Gerald Herbert)

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan memberi pengampunan kepada perusuh yang menyerang bangunan Capitol AS pada 6 Jan 2021, jika beliau bertanding dalam pilihan raya presiden 2024 dan menang.

"Jika saya bertanding dan jika saya menang, kami akan melayan mereka yang terlibat dalam insiden 6 Jan dengan adil, dan jika ia memerlukan pengampunan, kami akan berikan pengampunan kepada mereka kerana mereka menerima layanan tidak adil," kata Trump dalam satu perhimpunan di Texas pada Sabtu (29 Jan), lapor Sputnik.

 Bekas presiden itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan itu.

Lebih setahun lalu, sekumpulan penyokong Trump merusuh dalam bangunan Capitol AS bagi membantah keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri yang Trump dakwa berlaku penipuan.

Pihak berkuasa AS telah menahan lebih 725 individu di hampir semua 50 negeri berikutan kesalahan jenayah berhubung insiden rusuhan itu.

Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan