Trump saran turunkan tarif terhadap China kepada 80% jelang rundingan perdagangan
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menghadiri mesyuarat Kabinet di Rumah Putih, Washington, DC, pada 10 April 2025. (Gambar fail: Reuters/Nathan Howard)
WASHINGTON: Menjelang rundingan perdagangan di Switzerland antara Amerika Syarikat dan China, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan agar tarif 145 peratus ke atas import dari China diturunkan kepada 80 peratus.
"Tarif 80 peratus ke atas China nampak sesuai!," menurut catatan Encik Trump di platform Truth Social miliknya, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Bagaimanapun, menurut Encik Trump, keputusan itu diserahkan kepada Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Scott Bessent.
"Terserah kepada Scott B.," katanya.
Encik Bessent akan mengetuai delegasi Amerika ke Switzerland pada hujung minggu ini bagi membincangkan ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara dengan rakan sejawatannya dari China.
Dalam wawancara bersama Fox News, Encik Bessent berkata kedua-dua pihak perlu terlebih dahulu bersetuju mengenai perkara yang mahu dibincangkan.
Sementara itu, menurut Anadolu Ajansi, Encik Trump telah menggesa China supaya membuka pasarannya kepada Amerika, dengan menyatakan bahawa pasaran tertutup tidak lagi berkesan dan tindakan itu akan memberi manfaat kepada China.
"China patut buka pasarannya kepada Amerika - sangat baik untuk mereka!!! Pasaran tertutup tidak lagi berfungsi," kata Encik Trump dalam satu catatan berasingan.
Rundingan dijadual bermula Sabtu ini (10 Mei) di Geneva, dengan Encik Bessent dan Wakil Perdagangan Amerika Jamieson Greer mengetuai delegasi Amerika, manakala China diwakili Naib Perdana Menteri He Lifeng.
Rundingan itu bertujuan untuk meredakan ketegangan menyusuli peningkatan mendadak pada pertikaian perdagangan awal tahun ini, apabila Amerika mengenakan tarif setinggi 145 peratus ke atas import dari China dan China pula bertindak balas dengan mengenakan tarif sehingga 125 peratus ke atas barangan tertentu dari Amerika.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.