Trump saran sidang puncak tiga hala pada 22 Ogos
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan para pemimpin Eropah selepas pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bahawa beliau berhasrat mengadakan sidang puncak tiga hala bersama Encik Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy seawal 22 Ogos, menurut portal Amerika Syarikat, Axios pada Sabtu (16 Ogos), lapor Xinhua.
Presiden Trump dan Presiden Putin berjabat tangan di atas pentas Sidang Puncak di Alaska. (Gambar fail: REUTERS)
Sementara itu, Encik Zelenskyy dalam satu catatan di platform X pada Sabtu (16 Ogos) berkata beliau akan bertemu Encik Trump di Washington pada Isnin.
Menurut Axios, Encik Trump turut mengundang pemimpin Eropah untuk menyertai mesyuarat di Rumah Putih pada Isnin.
Canselor Jerman Friedrich Merz pada Sabtu (16 Ogos) berkata sidang puncak tiga hala dijangka diadakan menyusuli pertemuan antara Encik Zelenskyy dan Encik Trump pada Isnin.
Setakat ini pihak Rusia belum membuat sebarang komitmen terbuka berhubung sidang puncak tiga hala tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.