Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump sahkan tarik diri dari perjanjian nuklear dengan Rusia

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan negaranya sudah menarik diri dari Perjanjian Nuklear Jarak Sederhana.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 05:52PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:36PM

ELKO: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan negaranya sudah menarik diri dari Perjanjian Nuklear Jarak Sederhana.

Tanpa memberikan penjelasan lanjut, Presiden Trump sekadar mendakwa Rusia sudah mencabuli perjanjian itu sambil menarik perhatian, China tidak langsung memeterai perjanjian yang sama.

Perjanjian 1987 tersebut melindungi Amerika dan sekutu-sekutunya dengan mengekang Washington dan Moscow daripada menghasilkan, memiliki atau menguji peluru berpandu yang boleh mencapai sasaran sehingga 5,500 kilometer.

Namun, perjanjian itu juga menghalang Amerika daripada menghasilkan senjata-senjata baru.

Menurut Presiden Trump lagi, Amerika akan menghasilkan senjata lebih berkuasa jika Rusia dan China, tidak dihalang daripada menghasilkan atau memiliki senjata-senjata sedemikian. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan