Skip to main content

Dunia

Trump rasmikan penubuhan Lembaga Keamanan; tumpuan pada Gaza, isu global lain

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan mesyuarat pada Khamis (19 Feb) bagi merasmikan Lembaga Keamanan, iaitu institusi baharunya yang memberi tumpuan kepada perkembangan di Gaza.
Anggaran Waktu Membaca:
Trump rasmikan penubuhan Lembaga Keamanan; tumpuan pada Gaza, isu global lain
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap semasa pengumuman piagam bagi inisiatif Lembaga Keamanan yang bertujuan menyelesaikan konflik global, bersempena Forum Ekonomi Dunia ke-56 di Davos, Switzerland, pada 22 Januari 2026. (Gambar fail: REUTERS/Jonathan Ernst)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan mesyuarat pada Khamis (19 Feb) bagi merasmikan Lembaga Keamanan, iaitu institusi baharunya yang memberi tumpuan kepada perkembangan di Gaza.

Pemimpin dunia atau pegawai kanan dari lebih 20 negara menghadiri mesyuarat itu yang diadakan di Washington - termasuk beberapa rakan-rakan Encik Trump yang cenderung kepada kepimpinan kuku besi dan hampir tiada seorang pun ahli democrat Eropah yang bersetuju dengan inisiatif-inisiatif Amerika Syarikat menghadiri mesyuarat itu.

Lembaga Keamanan ditubuhkan setelah pentadbiran Trump dan Qatar serta Mesir, merundingkan gencatan senjata di Oktober bagi menamatkan perang dua tahun di Gaza.

Amerika Syarikat menyatakan pelan itu kini memasuki fasa kedua dengan tumpuan untuk melucutkan senjata Hamas.

Kementerian Kesihatan Gaza yang beroperasi di bawah pimpinan pihak berkuasa Hamas, menyatakan sekurang-kurangnya 601 orang dibunuh oleh tentera Israel sejak gencatan senjata itu bermula.

Di mesyuarat Lembaga Keamanan, Encik Trump dijangka memperincikan ikrar lebih AS$5 bilion (S$6.34 bilion) bagi Gaza, di mana sebahagian besar bangunannya musnah.

Mesyuarat itu juga akan meneliti cara melancarkan Pasukan Pemantap Antarabangsa yang akan memastikan keselamatan di Gaza.

Pemain utamanya adalah Indonesia, iaitu negara majoriti Islam terbesar di dunia, yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menghantar sehingga 8,000 tentera ke Gaza sehingga pasukan itu disahkan.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan menghadiri mesyuarat sulung itu di Gaza, selepas menghadiri acara pelancarannya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada bulan lalu.

PERKEMBANGAN MENGENAI GAZA

Para pegawai Amerika Syarikat - termasuk Steve Witkoff, rakan Encik Trump yang juga merupakan seorang perunding bergerak - menegaskan bahawa kemajuan yang kukuh dicapai dan Hamas kini berdepan tekanan untuk melucutkan senjata.

Israel mencadangkan sekatan menyeluruh, termasuk merampas senapang-senapang peribadi kecil dari Hamas.

“Senjata berat, yang paling banyak menyebabkan kemusnahan, dipanggil AK-47,” kata Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu baru-baru ini.

“Itulah senjata utama, dan ia mesti dihapuskan,” kata Encik Netanyahu, yang pemerintahnya akan diwakili oleh menteri luarnya.

Jeremy Issacharoff, pakar hal ehwal strategik di Universiti Reichman Israel, mengakui melucutkan senjata Hamas bukanlah satu “tugas yang mudah” namun bagi Israel, laluan yang boleh dipercayai akan menjadi penentu “sama ada usaha ini boleh dimulakan”.

Sebagai salah satu daripada langkah ke arah Gaza yang baharu, sebuah jawatankuasa teknokrat dibentuk bulan lalu untuk mengendalikan pentadbiran harian Gaza, diketuai oleh jurutera dan bekas pegawai Ali Shaath.

Jurucakap Hamas Hazem Qassem memberitahu AFP bahawa “Lembaga” harus memaksa Israel untuk “menghentikan pelanggaran di Gaza” serta menamatkan sekatan lama ke atas wilayah itu.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita