Trump puji kemenangan Mamdani dalam mesyuarat di Rumah Putih
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji kemenangan bakal Datuk Bandar New York City, Zohran Mamdani, dalam Pilihan Raya Datuk Bandar New York City baru-baru ini, semasa mereka berdua mengadakan mesyuarat di Rumah Putih pada Jumaat (21 Nov) dalam pertemuan bertemu muka pertama, dengan kedua-duanya bertelagah mengenai segala-galanya daripada dasar imigresen hingga ke pertumbuhan ekonomi.
Encik Mamdani mengusulkan pertemuan dengan Encik Trump untuk membincangkan isu kos sara hidup dan keselamatan awam.
"Kita mempunyai satu persamaan: kita mahukan bandar kita ini menjadi lebih baik," kata Encik Trump selepas mengundang para wartawan ke Rumah Putih selepas mengadakan mesyuarat tertutup. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada datuk bandar, beliau benar-benar bersaing dengan luar biasa menentang beberapa calon yang sangat tegas, orang yang sangat bijak."
"Ia merupakan satu mesyuarat produktif yang memberi tumpuan kepada tempat yang menjadi kekaguman dan kesayangan kita bersama, iaitu New York City, dan keperluan untuk memberikan kemampuan kepada penduduk New York," kata Encik Mamdani.
Encik Trump berkata bahawa beliau bersedia untuk mengetepikan perbezaan pendapat dan parti. "Lebih baik beliau menjalankan tugasnya, lebih gembira saya," kata Encik Trump.
Sebelum ini, Encik Trump mengancam akan melucutkan dana persekutuan daripada bandar terbesar Amerika itu. Encik Mamdani kerap mengkritik pelbagai dasar Encik Trump, termasuk rancangan untuk meningkatkan usaha penguatkuasaan imigresen persekutuan di New York City, di mana empat daripada sepuluh penduduk berketurunan dari luar negara.
Presiden berusia 79 tahun itu, seorang bekas penduduk New York, telah melabelkan Encik Mamdani, 34 tahun, sebagai seorang komunis dan "pembenci Yahudi", tanpa memberikan bukti atas dakwaan tersebut.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.