Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara Amerika

Encik Trump memuji Cik Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai peguam negara Florida.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara Amerika

Mantan Peguam Negara Florida Pam Bondi berucap di rapat kempen Donald Trump pada 2 Nov, 2024, di Greensboro, North Carolina, Amerika Syarikat. (Gambar fail: AP/Alex Brandon)

Diterbitkan : 22 Nov 2024 04:15PM Dikemas Kini : 22 Nov 2024 04:16PM
WASHINGTON: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis ( 21 Nov) mengumumkan bahawa beliau telah memilih Pam Bondi, mantan peguam negara negeri Florida, sebagai Peguam Negara AS yang baharu, menggantikan Matt Gaetz yang menarik diri daripada pertimbangan, lapor Xinhua.

Dalam pengumuman yang dibuat menerusi platform media sosialnya, Truth Social, Encik Trump memuji Cik Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai peguam negara Florida.

Tambahnya lagi, faktor itu yang mendorong beliau meminta Cik Bondi berkhidmat dalam Suruhanjaya Opioid dan Penyalahgunaan Dadah semasa pentadbiran Trump yang pertama.

Pencalonan Cik Bondi dibuat pada hari yang sama Matt Gaetz, pilihan Encik Trump sebelum ini untuk jawatan pendakwa raya tertinggi itu, menarik diri daripada pertimbangan.

Kontroversi yang tercetus dalam beberapa hari terakhir mengenai dakwaan salah laku seksual bekas anggota Kongres Florida itu menjadikan pencalonannya untuk jawatan peguam negara begitu kontroversi sehingga peluangnya mendapatkan sokongan mencukupi daripada Senator Republican dalam proses pengesahan semakin tipis.
 
Sumber : Bernama
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan