Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump pertahan 'waktu eksekutif' selepas jadual kerja dibocorkan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (11 Feb) membidas dakwaan bahawa beliau meluangkan banyak masa kerjanya dengan bersenang-lenang, sedang Rumah Putih mencari individu yang bertangggungjawab membocorkan jadualnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump pertahan 'waktu eksekutif' selepas jadual kerja dibocorkan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. (Gambar: Carlo Allegri/Reuters)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 10:13AM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 10:16AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (11 Feb) membidas dakwaan bahawa beliau meluangkan banyak masa kerjanya dengan bersenang-lenang, sedang Rumah Putih mencari individu yang bertangggungjawab membocorkan jadualnya.

Menurut butiran yang diterbitkan Axios minggu lalu, 60 peratus waktu kerja Encik Trump dikategorikan sebagai "waktu eksekutif", iaitu masa tidak berstruktur untuk membuat panggilan telefon, membaca akhabar, menulis di Twitter dan menonton televisyen.

Bagaimanapun presiden itu berkata waktu luang sebegitu perlu dipandang dari sudut "positif, bukan negatif".

"Apabila istilah 'Waktu Eksekutif' digunakan, saya umumnya bekerja, bukan berehat," katanya di Twitter. "Malah, saya rasa saya kerja waktu lebih panjang daripada mana-mana presiden sebelum ini."

"Hakikatnya, semasa saya ambil alih sebagai Presiden, negara kita sedang kucar-kacir," tambah Encik Trump.

"Kekurangan tentera, perang tanpa henti, kemungkinan perang dengan Korea Utara, V.A, cukai tinggi dan terlalu banyak peraturan, masalah sempadan dan imigresen, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

"Saya tidak ada pilihan kecuali bekerja waktu yang panjang!" tambah presiden itu, yang menurut satu panduan harian dikeluarkan oleh pejabat medianya, jarang mempunyai tugas rasmi sebelum 11.00 pagi.

Encik Trump dilaporkan sudah mengarahkan pencarian secara agresif bagi mengenalpasti sumber pembocoran itu. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan