Trump namakan Steven Witkoff sebagai utusan khas ke Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (12 Nov) mengumumkan bahawa beliau telah memilih Steven Witkoff, seorang pelabur hartanah terkemuka dan penderma kempen, sebagai utusan khasnya ke Timur Tengah.
“Steve ialah pemimpin yang sangat dihormati dalam perniagaan dan dermawan yang telah menjadikan setiap projek dan komuniti disertainya dengan lebih kuat dan lebih makmur. Steve akan menjadi suara yang teguh untuk keamanan, dan akan membuat kita semua berbangga,” kata Encik Trump dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Encik Witkoff, pengasas, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif firma hartanah Witkoff Group, mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam pembangunan dan pelaburan hartanah.
Beliau adalah penyokong Encik Trump yang terkenal, dilaporkan bermain golf bersamanya di resort Mar-a-Lago semasa cubaan bunuh kedua terhadap bekas presiden itu pada September.
Semasa kempen pilihan raya Presiden dahulu, Encik Witkoff dianggap sebagai penghubung utama antara Encik Trump dengan masyarakat peniaga Yahudi.
Pada Julai lalu, Encik Witkoff berkata kepimpinan Encik Trump, baik untuk Israel dan seluruh rantau Timur Tengah.
Dalam temu bual bersama Fox News, Encik Witkoff menyifatkan ucapan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Kongres sebagai "kuat" dan menyatakan bahawa ia adalah pengalaman "epik" berada di bilik itu.
Beliau juga mengkritik anggota Democrat yang memilih untuk memboikot ucapan itu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.