Trump naikkan kadar tarif global kepada 15%
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menaikkan tarif global terhadap import ke dalam Amerika Syarikat kepada 15 peratus pada Sabtu (21 Feb), sekali gus mengukuhkan ikrarnya untuk mengekalkan tarif agresifnya sehari selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan ia tidak sah di sisi undang-undang.
Encik Trump berkata di platform Truth Social bahawa menyusuli semakan menyeluruh terhadap "keputusan yang benar-benar anti-Amerika" oleh pihak mahkamah untuk mengekang program tarif beliau, pentadbirannya akan menaikkan tarif import "kepada kadar yang dibenarkan dan pernah diuji daripada sisi undang-undang, iaitu sebanyak 15%".
Tidak lama selepas mahkamah menolak kuasa presiden untuk mengenakan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Ekonomi 1977, Encik Trump pada awalnya mengumumkan tarif global baharu sebanyak 10 peratus dengan menggunakan wadah undang-undang yang berbeza.
Pada masa yang sama, anggota parti Republican melancarkan serangan peribadi yang luar biasa terhadap hakim conservative yang memihak dengan majoriti, sambil mengecam "ketidaksetiaan mereka" dan menyifatkan mereka sebagai "orang bodoh dan anjing suruhan".
Pada Jumaat, Rumah Putih dan rakan-rakan kongsi perdagangan Amerika Syarikat yang mencapai perjanjian tarif berasingan dengan pentadbiran Trump juga akan berdepan tarif global yang baharu itu.
KEKALAHAN DI MAHKAMAH AGUNG
Keputusan mahkamah pada Jumaat tidak menjejas levi khusus sektor yang Encik Trump laksanakan secara berasingan terhadap keluli, aluminium dan pelbagai barang lain.
Siasatan pemerintah yang sedang dijalankan boleh membawa kepada tarif tambahan terhadap sektor-sektor berkenaan.
Sungguhpun begitu, ia merupakan kekalahan terbesar Trump di Mahkamah Agung sejak kembali berkhidmat di Rumah Putih 13 bulan lalu.
Pihak mahkamah sebahagian besar sudah pun mengembangkan kuasanya.
Beberapa negara menyatakan mereka sedang meneliti keputusan Mahkamah Agung itu dan pengumuman tarif Trump selanjutnya.
Chancelor Jerman Friedrich Merz berkata pada Sabtu beliau akan berunding dengan sekutu-sekutu Eropah bagi melakarkan "respons Eropah yang sangat jelas" dan respons bersama kepada Washington sebelum beliau melakukan perjalanan ke ibu kota Amerika Syarikat itu pada awal Mac.
Dari sisi domestik, Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro, seorang ahli Democrat berkata di wadah X buat pertama kali bahawa sudah tiba masanya untuk Encik Trump "dengar kata-kata Mahkamah Agung, hentikan pelaksanaan tarif huru haa itu dan henti menimpakan kekacauan terhadap para petani kami, pemilik perniagaan kecil-kecilan dan keluarga".

Sumber : Reuters/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.