Skip to main content

Dunia

Trump mungkin sertai rundingan Rusia-Ukraine di Turki

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (12 Mei) menyifatkan rundingan damai antara Rusia-Ukraine di Turki sebagai "sangat penting," sambil menambah bahawa "hasil baik boleh dicapai daripada pertemuan itu".

Anggaran Waktu Membaca:
Trump mungkin sertai rundingan Rusia-Ukraine di Turki

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Reuters)

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (12 Mei) menyifatkan rundingan damai antara Rusia-Ukraine di Turki sebagai "sangat penting," sambil menambah bahawa "hasil baik boleh dicapai daripada pertemuan itu".

"Pertemuan Khamis ini antara Rusia dan Ukraine sangat penting," kata Encik Trump dalam sidang media.

"Saya sangat menekankan agar pertemuan itu diadakan."

Encik Trump turut melahirkan harapan terhadap hasil positif daripada rundingan itu dengan berkata: "Saya fikir perkara yang baik boleh dicapai daripada pertemuan itu."

Encik Trump juga menekankan korban jiwa yang tinggi akibat konflik berterusan itu, yang disifatkannya sebagai "bentuk peperangan yang baharu sepenuhnya" serta "amat ganas dan kejam."

Beliau turut menggesa agar pertumpahan darah yang dahsyat itu ditamatkan dengan segera, sambil menegaskan bahawa askar yang terbunuh "bukan askar Amerika" tetapi manusia "yang dibunuh pada tahap yang tidak pernah kita saksikan sejak Perang Dunia Kedua."

Rundingan damai dijadual berlangsung di Istanbul, Turki, dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk menerima cadangan Mosko bagi menyambung semula rundingan.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyambut baik sokongan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, untuk menyambung semula proses damai dari titik yang tertangguh di Istanbul, sambil menegaskan komitmen Turki terhadap usaha perdamaian tersebut.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita