Trump minta FBI disekat dari periksa, geledah kediamannya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Brandon Bell/Getty Images via AFP)
WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (22 Ogos) meminta mahkamah persekutuan supaya menyekat FBI buat sementara waktu daripada menyemak dokumen-dokumen yang dirampas dua minggu lalu dari kediamannya di Florida sehingga seorang pegawai mahkamah dilantik untuk menyelia semakan itu.
Usul mahkamah Encik Trump yang difailkan di mahkamah persekutuan di West Palm Beach, Florida juga meminta Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk resit harta yang lebih terperinci yang menggariskan barang-barangan tersebut dirampas oleh FBI dari rumahnya di Mar-a-Lago pada 8 Ogos.

"Politik tidak boleh dibiarkan menjejaskan pentadbiran keadilan. Penguatkuasaan undang-undang adalah untuk melindungi warga Amerika, ia tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk tujuan politik," menurut pemfailan tersebut.
Permintaan Encik Trump diserahkan kepada Hakim Daerah AS Aileen M Cannon yang dulunya dilantik ke jawatan tersebut oleh Encik Trump.
Hakim Majistret Bruce Reinhart yang meluluskan waran itu sedang mempertimbangkan sama ada
Jabatan Keadilan perlu mengeluarkan salinan afidavit yang membentangkan bukti mengapa terdapat kemungkinan sebab untuk kediaman Encik Trump diperiksa oleh FBI.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.